Bukan Setakat Filem ‘Mat Kilau’, Filem Box Office Lain Keluarga Yusof Haslam Perlu Anda Tonton

Bukan Setakat Filem ‘Mat Kilau’, Filem Box Office Lain Keluarga Yusof Haslam Perlu Anda Tonton

SEBUT saja nama pengarah Datuk Yusof Haslam, pasti ramai antara kita yang akan membayangkan betapa ikoniknya filem-filem yang pernah disutradarakan oleh beliau.

Sejak dahulu lagi, banyak antara filem-filem karya Yusof berjaya menyorot perhatian penonton, sekali gus memberi pulangan yang membanggakan terhadap rumah produksinya, Skop Productions.

Imbas kembali, kerjaya Yusof sebagai pengarah bermula selepas beliau mengarahkan karya pertamanya iaitu Bayangan Maut (1991).

Namun, namanya sebagai arkitek filem mula meroket hanya selepas filem Sembilu (1994) dan Sembilu 2 (1995) meraih perhatian ramai, dengan kutipan masing-masing sebanyak RM4 juta dan RM6 juta.

Kemudian, Yusof Haslam kembali dengan sebuah lagi filem ikonik berjudul Pasrah yang dilakonkan oleh Erra Fazira pada 2000. Filem tersebut berjaya meraih kutipan sebanyak RM2 juta pada ketika itu.

Momentum Yusof sebagai sutradara semakin meningkat apabila filem Gerak Khas The Movie (2001) berjaya memberi pulangan sebanyak RM4.4 juta.

Legasi Yusof Haslam sebagai pengarah berkaliber kini kelihatan dalam diri anaknya, Syamsul Yusof yang berjaya mencetuskan fenomena menerusi filem Mat Kilau.

Setakat ini, filem yang baru diluncurkan beberapa minggu lalu itu berjaya meraih kutipan lebih RM60 juta, menjadikan filem tersebut sebagai filem paling laris di Malaysia.

Untuk rekod, ini bukan filem pertama arahan Syamsul yang berjaya meraih jumlah kutipan tiket tertinggi.

Sebelum ini, Syamsul turut memecah rekod jumlah kutipan panggung menerusi filem seram Munafik (2016) dan Munafik 2 (2018).

Menerusi Munafik, Syamsul berjaya meraih RM19 juta manakala Munafik 2 dengan kutipan sekali ganda sebanyak RM48 juta.

Sementara itu, bakat seni yang mengalir dalam keluarga Yusof Haslam tidak terhenti pada Syamsul.

Seorang lagi anaknya, Syafiq Yusof turut tersenarai sebagai pengarah dengan kutipan tertinggi menerusi filem Abang Long Fadil 2 (2017), KL Special Force (2018) dan Misteri Dilaila (2019).

Ketiga-tiga filem ini masing-masing berjaya meraih kutipan sebanyak RM18 juta, RM12 juta dan RM10 juta.

Tiga buah filem terbitan Skop Productions berjaya menduduki tiga tempat pada carta kutipan tertinggi filem-filem di Malaysia sepanjang zaman, dengan Mat Kilau dan Munafik 2 menduduki tangga pertama dan kedua.

Akan datang, Syafiq bakal kembali dengan buah tangan baharu berjudul Abang Long Fadil 3.

Mengekalkan Zizan Razak sebagai tonggak utama, filem yang bakal ditayangkan pada September depan.

View this post on Instagram

A post shared by ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869)

Berkesinambungan dengan filem terdahulu, Abang Long Fadil 3 berkisar tentang kehidupan Fadil yang dahulunya bekas gengster menerima tawaran daripada MSS (Malaysian Secret Service) untuk menjadi perisik. –Gempak

Bukan Setakat Filem ‘Mat Kilau’, Filem Box Office Lain Keluarga Yusof Haslam Perlu Anda Tonton

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker