PRNJohor: UMNO tiada calon kabel

PRNJohor: UMNO tiada calon kabel

ISKANDAR PUTERI: Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan dalam pemilihan calon untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan tidak mengemuka ‘calon kabel’, sebaliknya menurunkan hanya calon terbaik.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pemilihan calon terbaik bagi menghadapi PRN Johor penting supaya kemenangan mutlak dapat dicapai.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata kemenangan mutlak perlu dicapai BN di Johor sekali gus membuktikan kebangkitan parti yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

“BN perlu melakukan perubahan berani pada PRN Johor dengan menampilkan calon terbaik yang tidak menggunakan ‘kabel’ bagi memastikan kebangkitan parti.

“Calon PRN Johor mesti WALI, iaitu ‘winnable’ (boleh menang), ‘acceptable’ (diterima) dan ‘likeable’, (disukai). BN tak perlu calon kabel.

“Insya-Allah, saya, pemimpin UMNO dan BN bersama pemimpin Johor akan tentukan calon terbaik supaya perubahan dapat dilakukan di Johor dengan kita mencapai kemenangan lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Pusat Operasi Zon Barat, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Pengarah PRN Johor serta Pengerusi BN Johor merangkap Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad yang juga Ketua Penyelaras PRN Johor.

Turut hadir, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Mohamed.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau juga sudah memaklumkan kepada Hasni supaya berunding dengan ketua-ketua bahagian supaya dapat menampilkan calon terbaik.

“Ketua bahagian saya tahu tak akan calonkan nama sendiri. Pengundi muda ramai, calonkan calon muda.

“Pengundi wanita juga ramai, jangan lupa calonkan ramai calon wanita.

“Orang lama pun ramai, maka calonkan juga mereka.

“Kita mahu BN menang besar. Maka, lakukan perubahan terutama dalam pemilihan calon,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut sedang meneliti manifesto BN yang terbaik untuk dikemuka kepada pengundi.

“Saya yakin walaupun manifesto ini nanti bukan kitab suci, namun ia mampu dilaksanakan dan bukan janji palsu.

“Saya akan pastikan dan pantau segala janji yang kita kemukakan dalam manifesto BN wajib dilaksanakan,” katanya. BH

PRNJohor: UMNO tiada calon kabel


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker