Tinjauan INVOKE: Anwar Ibrahim telah kehilangan taring, tidak lagi popular

Sebuah syarikat analitik mengumpul data yang nampaknya memberi gambaran jawapan kepada persoalan ‘siapa yang akan menggantikan Presiden PKR Anwar Ibrahim?’.

Menurut Invoke Solution, calon yang jelas ialah anak Anwar sendiri, Nurul Izzah.

Syarikat milik Rafizi Ramli itu mencapai kesimpulan itu berdasarkan penemuan tinjauan yang dilakukan antara 1 Mac hingga 8 April tahun ini.

Tinjauan itu menemu bual 1,500 pengundi yang bukan ahli PKR, dan 1,500 ahli PKR, dan berstrata mengikut umur, jantina, kaum dan sosio-ekonomi.

Tinjauan mendapati dalam kalangan pengundi, 28 peratus memandang Anwar secara positif, 23 peratus negatif, dan 48 peratus mempunyai pendapat neutral terhadap ketua pembangkang itu.

Secara perbandingan, 49 peratus pengundi berasa positif terhadap Nurul Izzah, 7 peratus negatif, 33 peratus neutral.

Nurul Izzah juga mempunyai peratus paling rendah (11 peratus) dari segi ‘tidak dikenali’ dalam kalangan pemimpin PKR yang dikaji.

Sebagai perbandingan 23 peratus pengundi tidak mengenali Rafizi, dan 34 peratus tidak mengenali Saifuddin Nasution Ismail.

Tinjauan mendapati semakin muda pengundi semakin menurun populariti Anwar, dan merasionalkan bahawa ini berkemungkinan disebabkan zaman kegemilangan presiden PKR itu sebagai aktivis muda, menteri Umno, kemudian pemimpin Reformasi semakin ditelan masa.

“Mereka yang sudah dewasa semasa era Reformasi kini berusia empat puluhan.

“Bagi majoriti penduduk Malaysia yang bekerja, Anwar lebih kepada peninggalan sejarah berbanding ketua pergerakan,” kata laporan tinjauan itu.

Ia menambah bahawa memandangkan Anwar tidak meninggalkan legasi negara “yang ketara” berbanding dengan projek mega Dr Mahathir Mohamad, golongan muda semakin tidak dapat mengaitkan diri mereka dengan presiden PKR seperti yang dilakukan oleh ahli parti.

Dan sementara 49 peratus pengundi merasakan PKR mempunyai pemimpin yang berkebolehan, Invoke mengandaikan bahawa ini tidak bermakna ia menggambarkan penerimaan untuk Anwar.

“Dengan mengambil kira angkar Anwar yang rendah, wajarlah dianggap presiden parti bukanlah salah seorang daripada ‘pemimpin’ (berkebolehan) yang dimaksudkan.

“Ironinya, ini menunjukkan bahawa dia (Anwar) tidak menjadi peneraju kepada kemungkinan kemenangan, sebaliknya

presiden (PKR) boleh menjadi lebih kepada liabiliti daripada yang mungkin dia mahu akui,” katanya.

Bagaimanapun, menggantikan Anwar telah menjadi topik yang dilihat sensitif, dengan pengasas Invoke, Rafizi memberi amaran bahawa jika presiden PKR itu berundur sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-15, ia akan menimbulkan huru-hara dalam kalangan pembangkang.

Tetapi jika tiba masanya dan Anwar meletak jawatan, Invoke berkata berdasarkan popularitinya di kalangan pengundi dan ahli PKR, Nurul Izzah adalah “calon yang jelas” untuk menggantikan Anwar dan meneraju parti ke hadapan.

Ia berkata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkemungkinan mendapat manfaat daripada dua faktor.

“Pertamanya, sebagai anak kepada Anwar, Izzah mempunyai tahap pengiktirafan awam yang bermula sejak zaman Reformasi dan memberikan status istimewa di kalangan kebanyakan ahli PKR.

“Kedua, dia kekal sebagai ;backbench’ yang konsisten di parlimen sejak 2008, sambil berjaya mengelak kontroversi yang menyelubungi ramai rakan sejawatan partinya,” kata laporan tinjauan itu.

Meskipun dilihat popular, Nurul Izzah dilihat mengambil ‘kerusi belakang’ dalam kepimpinan dalam PKR.

Dia meletak jawatan sebagai naib presiden PKR pada Disember 2018, dan enggan mengambil bahagian dalam pemilihan parti tahun ini, dengan berkata dia mahu memberi tumpuan kepada memikat pengundi atas pagar.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker