RUU larangan merokok: Malaysia bakal menjadi negara pertama larang aktiviti merokok, vape
SERDANG – Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan untuk mendapatkan persetujuan sebelum dibentangkan di Parlimen, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata, mesyuarat Jemaah Menteri itu adalah peluang bagi para menteri bertukar pandangan dan memberi hujah masing-masing dan beliau juga berpeluang memberikan penjelasan.
Beliau berkata, ia merupakan langkah pertama untuk meyakinkan anggota Jemaah Menteri dan mendapatkan sokongan mereka bagi membolehkan beliau membawa RUU tersebut dibentangkan di Parlimen.
“Sekiranya RUU itu diluluskan, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang dapat meluluskan ia sebagai undang-undang yang melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005,” katanya.
Khairy berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran Generational Endgame Advocacy Roadshow (Gegar) Wanita di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Khairy berkata, cadangan pelaksanaan peruntukan generasi penamat (GEG) dalam RUU itu adalah untuk melindungi generasi muda Malaysia daripada terjebak dengan tabiat merokok dan menjadi mangsa ketagihan produk merokok apabila mereka dewasa, serta mengurangkan peratus perokok di Malaysia iaitu kurang daripada lima peratus menjelang 2040.
“Ini sekali gus dapat mengurangkan kadar kematian pramatang, penyakit kronik dan kos rawatan yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat komplikasi merokok dalam kalangan masyarakat,” katanya dengan menambah prevalens merokok di Malaysia masih tinggi iaitu 40.5 peratus dalam kalangan lelaki manakala 20 peratus wanita.
Khairy berkata, sekarang merupakan masa terbaik untuk meluluskan RUU itu kerana 97 peratus belia menyokong GEG serta tidak melihat merokok satu gaya hidup yang diaspirasikan.
“Ini masa yang sesuai untuk menutup sepenuhnya pintu merokok kepada anak muda Malaysia,” katanya.Khairy berkata, usaha meluluskan RUU itu bukan mudah kerana sesetengah pihak berpandangan akta berkenaan akan menjejaskan punca pendapatan negara dan industri pelancongan.
Katanya, kesan kepada negara jika tabiat rokok tidak dikawal adalah kerajaan perlu menanggung beban kos rawatan sebanyak RM8 bilion untuk merawat masalah kesihatan seperti jantung, paru-paru dan komplikasi lain. – Bernama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar
You must be logged in to post a comment.