Kelapa Sawit: Kita mesti berdiri teguh dan tidak tunduk kepada tekanan Barat
Walaupun sebilangan besar budaya Barat telah meresap jauh ke dalam masyarakat kita dan sebenarnya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, kita tidak boleh membiarkan diri kita menjadi hamba kepada negara Barat (slaves to the West).
Ya, ramai yang melihat negara Barat sebagai negara-negara yang berjaya, berkuasa, tetapi pada hakikatnya, kita, orang Asia sama-sama mampu mencapai semua yang dimiliki oleh negara Barat setakat ini.
Walaupun ramai di antara kita sudah biasa dengan budaya Barat, makanan dan juga cara hidup mereka, kita mesti berdiri teguh dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.
Kita tidak boleh membiarkan cara dan budaya Barat mempengaruhi kita sehingga kita tidak lagi memperjuangkan apa yang menjadi hak kita.
Satu contoh yang baik di sini ialah bagaimana negara Barat cuba menyekat negara seperti Malaysia dan Indonesia dari segi eksport minyak sawit kita.
Malaysia dan Indonesia adalah dua negara pengeluar minyak sawit terkemuka dan ini nampaknya tidak sesuai dengan negara Barat yang bertegas untuk menolak produk minyak kacang soya mereka.
Daripada laporan, saya difahamkan bahawa negara-negara Barat mendakwa ladang kelapa sawit kita membawa kepada penebangan pokok yang berleluasa.
Sebagai seorang pencinta alam sekitar yang aktif, saya telah mengikuti laporan dan dakwaan ini dengan teliti dan sehingga kini, tiada bukti yang jelas dan didokumenkan bagi tuntutan tersebut.
Tiada negara Barat dapat membuktikan apa yang mereka dakwa terhadap Malaysia dan kita telah mengambil pelbagai usaha pemuliharaan untuk memelihara hutan kita yang juga merupakan habitat kepada banyak haiwan termasuk Orang Utan.
Teknik perladangan kelapa sawit kami menggunakan teknologi moden, dan terdapat banyak kaedah penanaman yang tidak memerlukan pengusaha ladang untuk menebang sebarang pokok lagi.
Kita sekarang ini memaksimumkan potensi daripada ladang sedia ada dan penggunaan tanah tanpa perlu menebang satu pokok pun.
Penggunaan baja berkualiti tinggi dan teknologi moden, termasuk dron telah banyak membantu ladang kelapa sawit kami.
Propogandis Barat ini hanya menjurus kepada satu perkara, iaitu memburukkan minyak sawit kita dan mempromosikan minyak kacang soya mereka.
Dalam hal ini, saya mengalu-alukan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi kita, Dato’ Zuraida Kamaruddin yang menentang pengaruh-pengaruh Barat ini.
Dia memang betul untuk melabelkan mereka sebagai “pembuli” kerana itulah yang mereka mahu lakukan – mereka mahu memaksa kita (twist our arm) sehingga berkata ya kepada mereka dan permintaan mereka.
Kita sebagai rakyat Malaysia mesti bersama YB Zuraida. Minyak sawit adalah eksport utama kami dan menjana berjuta-juta untuk tabung negara kita.
Kita tidak boleh duduk diam dan membiarkan negara Barat mengambil ini dari bawah kaki kita.
Saya memuji sikap YB Zuraida yang teguh dengan pendiriannya dan daripada kenyataan beliau, kita boleh lihat beliau bertekad untuk memperjuangkan ketuanan minyak sawit kita.
Pada hakikatnya tidak ada kemusnahan hutan dan petani kelapa sawit pastinya tidak menceroboh mana-mana habitat haiwan.
Malah, saya secara peribadi telah menyertai banyak operasi di mana Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara bersama penduduk kampung telah menangkap dan menempatkan semula gajah liar yang menceroboh ladang kelapa sawit.
Ini adalah senario biasa kerana haiwan ini sering mencari makanan dan mereka hanya ditangkap dan dipindahkan. Tiada kemusnahan pokok atau sebarang kemudaratan kepada haiwan sama sekali.
YB Zuraida adalah seorang pemimpin wanita yang berani dan tegas dan kita mesti berdiri teguh di belakangnya dan memperjuangkan hak kita.
Setiap pemimpin tempatan harus mencontohi sikapnya dan jangan sekali-kali mengalah kepada tekanan orang asing.
Zubaidah Mohd Harun
Jalan Kelang Lama
Kuala Lumpur
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar