Kebakaran: 20 penghuni hilang tempat tinggal menjelang Aidiladha

Kebakaran: 20 penghuni hilang tempat tinggal menjelang Aidiladha

KUALA TERENGGANU: Kemeriahan membuat persediaan Aidiladha yang akan disambut Ahad ini bertukar hiba buat 20 penduduk di Kampung Panji, di sini selepas kediaman mereka musnah dijilat api pada Jumaat.

Dalam kebakaran kira-kira jam 11.15 pagi itu, tiga buah rumah musnah seratus peratus manakala sebuah lagi mengalami kerosakan hampir 25 peratus.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata sejurus menerima panggilan, seramai 23 kekuatan anggota bomba bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Ketika tiba, katanya api sedang marak membakar kediaman berkenaan dan jarak rumah yang terlalu hampir serta ketiadaan akses menyebabkan pihaknya sukar melakukan operasi pemadaman.

“Keadaan rumah begitu hampir antara satu sama lain dan kita juga mengalami masalah apabila ketiadaan akses dan terpaksa meletakkan jentera di luar.

“Operasi pemadaman ini juga terpaksa menggunakan air parit yang terletak kita-kira 700 kaki dari lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Bagaimanapun Rozizah berkata pihaknya berjaya mengawal kebakaran sekitar jam 12.51 tengah hari daripada terus merebak.

Jelasnya tiada mangsa yang terlibat dalam insiden itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



Beliau berkata punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.-AA

Kebakaran: 20 penghuni hilang tempat tinggal menjelang Aidiladha

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker