‘Jutaan Maaf, Kami Sudah Cuba Sedaya Upaya Terbangkan Jemaah’ – Agensi Pelancongan

‘Jutaan Maaf, Kami Sudah Cuba Sedaya Upaya Terbangkan Jemaah’ – Agensi Pelancongan

KUALA LUMPUR: Selepas 12 jam kisah hampir 400 bakal jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis, individu yang juga wakil syarikat agensi pelancongan yang terlibat tampil memohon maaf.

Menerusi perbualan di aplikasi Whatsapp bersama Astro AWANI, individu terbabit memohon maaf atas kejadian yang menimpa kumpulan bakal jemaah haji itu semalam.

“Jutaan maaf dari kami pihak UC Travel. Kami sudah sedaya upaya berusaha untuk terbangkan jemaah, tetapi kami tidak berjaya.

“Maka pihak kami akan membuat pemulangan wang kepada jemaah yang terlibat. Saya juga terkesan bila orang panggil kami scammer. Hakikatnya, kami di UC Travel sangat berusaha untuk terbangkan jemaah,” jelasnya secara ringkas.

Mengulas lanjut, ujarnya, sebarang kenyataan akan dikeluarkan selepas berbincang bersama peguamnya terdahulu.

“Saya akan bincang dengan peguam saya dahulu. Kerana bukan kami sahaja yang gagal, ramai lagi agensi pelancongan gagal.

“Tetapi kami terkedepan kerana kami bawa jemaah ke lapangan terbang, kami memang mencuba sedaya upaya.

“Untuk ketika ini, semua group UC Travel sedang menjawab semua (persoalan) berkaitan jemaah kami,” katanya lagi.

Tambahnya, satu sidang media akan dijalankan minggu hadapan bagi memberi penjelasan mengenai kejadian menimpa hampir 400 bakal jemaah haji itu.

Semalam, hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di KLIA selepas tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi bagi mengerjakan rukum Islam kelima itu.

Sehingga kini, 17 laporan polis telah dibuat bakal jemaah Haji yang terkandas di sekitar Lembah Klang.

Pada masa sama, siasatan dijalankan pihak polis dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Turut menjalankan siasatan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dibawah Seksyen 8 (1) (d) Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

‘Jutaan Maaf, Kami Sudah Cuba Sedaya Upaya Terbangkan Jemaah’ – Agensi Pelancongan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker