Pertengkaran punca adik bunuh abang

 

IPOH – Pertengkaran dua beradik berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut akibat dipukul dengan senjata tajam dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bercham Aman, Bercham, di sini hari ini.

Kejadian itu turut mengorbankan Ooi Tin Lu, 59, isteri kepada mangsa, Ng Chun Hon, 65, yang masing-masing dijumpai dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah.



Difahamkan, mangsa dan adik lelakinya berusia 61 tahun sering bertengkar di mana pertengkaran terakhir berlaku sekitar pukul 8.30 malam semalam.

Ketika kejadian, ibu dua beradik berusia lingkungan 90-an itu difahamkan berada dalam bilik di rumah tersebut namun warga emas itu tidak menyedari insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 8.45 pagi daripada abang dua beradik tersebut yang terkejut melihat adik lelakinya dan isteri dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Katanya, anggota polis kemudian ke lokasi kejadian dan mendapati maklumat diterima adalah benar sebelum pasukan paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia.



“Mangsa lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap manakala isterinya bersandar pada dinding di ruang tamu. Keadaan kedua-dua berlumuran darah.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat dipukul senjata tajam dan objek tumpul,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya sedang mengesan suspek yang juga adik lelaki mangsa dikenali Ng Chun Ming, 61, yang menghilangkan diri bersama kereta Proton Saga milik adik iparnya

Pertengkaran punca adik bunuh abang



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker