Annuar saksi hidup perjanjian Bersatu-Ismail dakwa Wan Saiful

Annuar saksi hidup perjanjian Bersatu-Ismail dakwa Wan Saiful

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendedahkan Annuar Musa adalah saksi kepada perjanjian yang dimeterai di antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Bersatu.

Mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan, yang menafikan ada perjanjian bagi lantikan timbalan perdana Menteri, Wan Saiful malah menyifatkan Shahril sebagai ‘ejen’ presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi, di Pejabat Perdana Menteri (PMO).



“Mungkin kejujuran Shahril masih dipersoalkan sebab ada orang pernah tuduh Shahril sebagai spy Zahid dalam PMO.

“Nampaknya ada perkara yang perdana menteri belum cukup percaya untuk dikongsikan dengan Shahril.

“Yang menjadi saksi kepada coalition agreement di sebelah perdana menteri ialah Anuar Musa,” katanya hari ini.

Tambah Wan Saiful, perjanjian gabungan yang dilakukan di antara Ismail Sabri dengan Bersatu adalah amalan terbaik dilakukan naib presiden Umno berkenaan.



Katanya ia juga amalan yang lazim di sesebuah negara yang beramal dengan demokrasi matang dan mahukan gabungan bagi membentuk kerajaan.

“Bab ini kita mesti puji (Ismail Sabri). Tahniah Dato Sri,” katanya lagi.

Pada 2 Jul lalu, Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mengesahkan bertemu dengan Ismail Sabri bagi membincangkan pelantikan jawatan baru termasuk timbalan perdana menteri. MK

Annuar saksi hidup perjanjian Bersatu-Ismail dakwa Wan Saiful




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker