Pasaran hartanah kurang memberangsangkan

Pasaran hartanah kurang memberangsangkan

Pasaran hartanah tidak menunjukkan isyarat pemulihan yang mantap, apabila jumlah permohonan pinjaman bagi pembelian rumah merosot kepada RM4.02 bilion pada Mei lalu.

MIDF Research dalam nota penyelidikannya berkata, secara terkumpul, jumlah permohonan pinjaman rumah dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini hampir tidak berubah iaitu sebanyak RM191.8 bilion, memberi petunjuk bahawa minat belian adalah suram di sebalik pembukaan semula aktiviti ekonomi.

“Permohonan pinjaman pada bulan Mei adalah kurang memberangsangkan, menyusuli penurunan 6.3 peratus pada bulan sebelumnya.

“Permohonan pinjaman rumah mulai merosot pada bulan April selepas ia jatuh buat kali pertama dalam tempoh tujuh bulan,” katanya.

MIDF Research bagaimanapun berkata, jumlah pinjaman yang diluluskan bagi pembelian hartanah meningkat 6.9 peratus kepada RM15.7 bilion pada Mei, di sebalik jumlah permohonan lebih rendah.

Perkembangan itu, katanya disebabkan terutama oleh peratusan lebih tinggi jumlah pinjaman diluluskan berbanding pinjaman dimohon iaitu 39 peratus berbanding 35.8 peratus pada Mei 2021.

“Secara terkumpul, jumlah pinjaman diluluskan berkembang kepada RM74.9 bilion dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, menunjukkan tinjauan jualan hartanah lebih baik bagi pemaju.

“Bagaimapaun, kami merasakan bahawa syarat bank yang ketat masih menjadi cabaran untuk syarikat hartanah memandangkan peratusan pinjaman yang diluluskan berbanding pinjaman dimohon untuk membeli rumah kekal di bawah 40 peratus pada Mei,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, tinjauan jualan bagi syarikat hartanah adalah kurang memberangsangkan dengan sentimen pengguna dijangka lemah disebabkan peningkatan inflasi.

“Justeru, kami mengekalkan pandangan neutral terhadap sektor hartanah. Saranan ‘beli’ bagi sektor ini adalah saham Mah Sing dengan harga sasaran 74 sen dan IOI Properties Group pada harga sasaran RM1.29.

“Kami menyukai saham Mah Sing kerana strateginya menumpukan kepada segmen rumah mampu milik yang dapat menyokong jualan baharu.

“Kami juga positif dengan IOI Properties Group kerana menjangkakan perolehannya akan pulih daripada segmen pelaburan hartanah dan percutian & hospitaliti, susulan pembukaan semula ekonomi,” katanya. BH

Pasaran hartanah kurang memberangsangkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker