Budak 4 tahun maut kereta dirempuh bas ekspres kerana jalan berlubang

KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak perempuan maut apabila kereta dinaikinya dirempuh sebuah bas ekspres dalam kemalangan di Kilometer 117 Jalan Sandakan ke arah Lahad Datu, berdekatan Kampung Paris Satu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.00 pagi itu, mangsa berusia empat tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata hasil siasatan awal mendapati sebelum kemalangan maut itu berlaku, terdapat satu lagi nahas terdahulu di lokasi berkenaan membabitkan dua lori yang dipercayai akibat mengelak jalan berlubang dan tidak rata.



“Justeru, pemandu kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki mangsa dan sebuah lori tiga tan memberhentikan kenderaan masing-masing susulan kemalangan awal itu.

“Bagaimanapun, tiba-tiba sebuah bas ekspres yang datang dari arah sama dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang Proton Iswara itu.

“Rempuhan itu menyebabkan kereta berkenaan tergerak ke hadapan lalu melanggar bahagian belakang lori tiga tan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Akibat perlanggaran itu, beliau berkata, pemandu Proton Iswara terbabit cedera ringan, manakala pemandu lori dan pemandu bas bersama seorang konduktor serta 29 penumpang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.



“Susulan itu, polis menahan pemandu bas kerana disyaki cuai memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, dan permohonan reman akan dilakukan.

“Orang ramai yang menyaksikan atau ada maklumat berhubung kemalangan itu boleh tampil ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan ataupun menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Hamkhah Md Syukur, melalui talian 014-9551030, atau pusat kawalan Bilik Gerakan IPD Kinabatangan (089-561890) bagi membantu siasatan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker