Mahathir sedia tanding PRU15
Mahathir sedia tanding PRU15
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan cadangan bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi.
Pengerusi Pejuang itu bagaimanapun berkata, ketika ini partinya sudah mempunyai beberapa nama calon untuk dipertaruhkan di kawasan itu.
Namun katanya, adalah terlalu awal untuk didedahkan nama calon berkenaan kepada umum.
Katanya, sekiranya calon berkenaan masih didapati tidak sesuai dan tidak mahu bertanding di kawasan Parlimen itu, maka beliau sedia kembali bertanding.
“Kita ada calon tetapi waktu ini kita tidak (boleh) beritahu lagi. Kalau tak ada apa pun (perkembangan berkenaan calon sesuai hingga ke saat akhir), (dan jika) ada orang cadang saya (untuk bertanding di Langkawi), saya akan pertimbangkan.
“Kalau sudah tak ada orang (yang sesuai), (saya mungkin bertanding mempertahankan kerusi ini),” katanya menurut laporan Astro Awani.
Dalam pada itu, Mahathir berkata, kempen untuk memperkenalkan Pejuang kepada orang ramai berada pada tahap yang baik termasuk dengan melakukan jelajah ke seluruh negara.
Beliau berkata, kerana tidak mendapat liputan meluas daripada kalangan media berikutan Pejuang merupakan parti pembangkang, banyak pihak masih belum mengenali secara terperinci mengenai parti itu.
“Kita sudah lawat semua negeri, sampai ke Sabah kita pergi, tetapi tidak ada laporan. Kita (sebenarnya) ada orang (ahli parti), (lebih) banyak daripada orang Bersatu dahulu.
“Mereka sekarang ini sudah tidak sokong Bersatu, mereka sokong Pejuang,” jelasnya lagi.
Awal Mac lalu, Mahathir mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen termasuk Langkawi dalam PRU15.
Katanya, ia bagi memberi peluang kepada calon yang sesuai dan lebih muda untuk terlibat dalam arena politik serta pilihan raya selain faktor kesihatannya yang belum pulih sepenuhnya. FMT
Mahathir sedia tanding PRU15
Baca Artikel Menarik:
- PAS akan tinggalkan PN
- Anna Jobling dituduhkan promosi ‘soft porn’, maksiat
- Pembuang saka terkenal ditahan kes berkhalwat
- Mat Kilau terus cipta magis, RM16 juta 5 hari tayangan
- Jurutera kasari polis trafik ditahan reman tiga hari (Video)
- Datuk Yusri tipu projek naik taraf jalan raya dicari polis
- Tajuddin anjur kenduri rakyat untuk PM Ahad ini
- Lufya cedera, anak hampir diculik
- Komplot belot Presiden, Tok Mat perlu jawab
- Drama Tajuddin tidak beri kesan pada Zahid dan UMNO
- MP UMNO Jeli, Masjid Tanah & Bagan Serai lompat ke Bersatu demi selamatkan diri
- Mahathir takut berhadapan dengan Apandi Ali, protes keluar pejabat peguam negara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)