Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila kentang goreng yang dibelinya di sebuah kedai makan sudah berkulat dan masam.

Menerusi hantaran Eca Rahimi di Facebook baru-baru ini, dia memaklumkan kentang tersebut baru sahaja dibungkusnya bagi tujuan untuk makan di rumah.

“Berniaga la betul-betul. kentang berkulat, masam. Lokasi Sungai Sembilang,” katanya.

Melihat keadaan kentang goreng tersebut, ramai terkejut kerana kebiasaannya makanan akan berkulat dan rosak apabila ia telah ditinggalkan dalam tempoh yang lama.

Sementara itu, pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai dan ada juga pengguna berkongsi pengalaman hampir sama dilalui mereka.

“Tergamaknya betul peniaga buat macam ini pada pelanggan, tak halal duit yang dapat, rasanya mereka sendiri boleh tahu kentang itu masih elok atau tidak,” kata Zarina.

“Saya pun pernah terkena macam ini, beli ayam goreng macam panaskan semula, dan ayam macam dah lama, sebab masam sangat rasanya, memang terus saya ke kedai semula minta peniaga makan dan rasa sendiri,” kongsi Azri Nayan.

“Kenapa sampai macam itu, dah berkulat masih jual juga, pembeli pun kena tengok dulu sebelum bayar, ini kalau anak-anak tak tahu, terus dimakan,” ujar Rahayu Murad. K Online

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker