Petisyen pada UNWGAD boleh bantu semakan kedua Najib – Shafee

Petisyen pada UNWGAD boleh bantu semakan kedua Najib – Shafee

Keputusan petisyen Najib Razak kepada Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkaitan Penahanan Arbitrari (UNWGAD), sekiranya memihak kepada bekas perdana menteri itu, boleh digunakan dalam semakan kedua Mahkamah Persekutuan terhadap sabitannya.

Peguamnya, Shafee Abdullah semasa forum di Kuala Lumpur semalam, mendedahkan jawatankuasa itu dijangka menyelesaikan siasatannya menjelang akhir tahun.



Menurutnya, walaupun ramai yang akan mempersoalkan keberkesanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pengkritik harus melihat bagaimana penemuan yang menggalakkan oleh UNWGAD telah membantu bekas presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva.

“(UNWGAD) kata ini perbicaraan paling tidak adil terhadap Lula. Jadi mereka memberikan pendapat yang kukuh yang digunakan oleh Lula untuk semakan kedua di Mahkamah Agung Persekutuan.

“Kita boleh mencontohi apa yang Lula lakukan – memfailkan semakan kedua di Mahkamah Persekutuan. Hakim yang terlibat dalam semakan pertama tidak boleh mendengar dalam semakan kedua,” kata Shafee, dalam forum bertajuk “Townhall for Justice – Keadilan Sebenarnya untuk Siapa”, anjuran Pertubuhan Rangkaian Kebajikan Erat Nusa Rakyat (BeNAR) Malaysia, Nusa Sejagat Malaysia, Aktivis Belia Malaysia (Malaya) dan UMNOSiswa.

Shafee berkata intipati petisyen kepada UNWGAD dan Yang di-Pertuan Agong ialah peguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik tidak diberi peluang untuk membuat persediaan bagi kes rayuan di Mahkamah Persekutuan tahun lepas.



Mahkamah Persekutuan menolak permintaan Hisyam Teh untuk menarik diri selepas permohonan Najib untuk menukar pasukan peguamnya.

Akhirnya, Mahkamah Persekutuan memutuskan terhadap rayuan Najib atas sabitannya berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk penjarakan Najib selama 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan jenayah pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram kerana menerima RM42 juta secara haram daripada SRC International.

Hukumannya bermula pada 23 Ogos tahun lalu dan kini dipenjarakan di Penjara Kajang, Selangor. Mk



Petisyen pada UNWGAD boleh bantu semakan kedua Najib – Shafee

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)



13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker