Tular video pelajar sekolah dibuli dalam tandas

Tular video pelajar sekolah dibuli dalam tandas

Satu rakaman memaparkan seorang pelajar dibuli di sebuah sekolah tular di media sosial hari ini.

Video berdurasi 13 saat itu memaparkan pelajar lelaki berkenaan dikelilingi beberapa orang pelajar lain sebelum tiba-tiba dia ditumbuk di bahagian pipi oleh salah seorang pelajar itu.



Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila dan di sekolah mana video itu dirakam.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan pelajar-pelajar itu dan berharap agar kesemua mereka dikenakan tindakan tegas.

“Mohon cari sampai dapat. Kecik-kecik dah pandai jadi samseng. Semua sekali tu perlu diberi kesedaran budaya buli bukanlah budaya kita,” kata Zainal Azman.

“Kuat sebab ada ‘geng’ je, cuba dia sorang-sorang,” kata Pikah.



“Elok masukkan ke sekolah juvana biar ada akal. Pergi sekolah untuk belajar,” kata Fariz.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 32,000 kali di Twitter. K Online

Tular video pelajar sekolah dibuli dalam tandas


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)



Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker