Kerajaan negeri setuju tingkat penggunaan tanah bagi pertanian – Ismail

Kerajaan negeri setuju tingkat penggunaan tanah bagi pertanian – Ismail

Kerajaan negeri bersetuju meningkatkan keluasan penggunaan tanah untuk tujuan aktiviti pertanian sebagai langkah memperkasa sekuriti bekalan makanan negara, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, langkah itu adalah antara inisiatif yang dipersetujui dalam mesyuarat bersama menteri besar dan ketua menteri yang turut dihadiri menteri Kabinet.

Beliau berkata, ia termasuk mewartakan tanah pertanian sebagai tanah rizab mengikut Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) dan kemudiannya memajakkan tanah rizab berikut mengikut Seksyen 63 KTN untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hingga 21 tahun.

Ismail berkata, selain itu kerajaan negeri juga bersetuju memperkasa pemberian tanah milik negeri kepada anak syarikat kerajaan negeri berkaitan pertanian yang kemudiannya akan memajakkan tanah berkenaan kepada usahawan tani untuk tempoh 30 tahun.

“Pihak berkuasa negeri boleh, tertakluk kepada kaedah-kaedah tanah negeri meluluskan tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun dan boleh dilanjutkan seterusnya bagi setiap lesen pendudukan sementara (TOL),” katanya dalam kenyataan.

Selain itu beliau berkata, antara inisiatif lain yang dipersetujui ialah mengekalkan pengezonan kawasan jelapang padi serta pewartaan taman kekal pengeluaran makanan (TKPM) dan membangunkan TKPM terbengkalai serta yang belum dimajukan.

“Mengekalkan pewartaan zon industri akuakultur (ZIA) sedia ada dan mewartakan ZIA yang belum diwartakan. Menyelaras bersama pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan syarat dan proses kelulusan kebenaran merancang (KM) pembangunan sistem reban ayam tertutup dan aktiviti agromakanan yang lain.

“Mesyuarat juga bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Tanah Pertanian Peringkat Daerah bagi memudah cara urusan membangunkan tanah pertanian milik persendirian yang tidak diusahakan dan menetapkan kadar caj abstraksi bagi sumber air tawar dan air masin yang lebih rendah untuk sektor agromakanan,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri juga bersetuju menubuhkan jawatankuasa sekuriti makanan peringkat negeri dan daerah bagi memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 yang sinergi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Selain itu katanya, kerajaan persekutuan bersetuju mempertimbangkan cadangan pengurangan atau pengecualian cukai terhadap industri agromakanan dengan perincian lanjut akan diberikan oleh Kementerian Kewangan. FMT

Kerajaan negeri setuju tingkat penggunaan tanah bagi pertanian – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker