Bunuh anak 5 bulan sebelum pergi melancong

Bunuh anak 5 bulan sebelum pergi melancong

Seorang wanita di Surabaya didakwa membunuh anaknya sendiri sebelum pergi melancong bersama suaminya ke Jogjakarta, lapor laman berita Coconuts semalam.

Suspek yang dikenali sebagai ES dan berumur 25 tahun, menghempaskan anak bongsunya yang berusia lima bulan itu berulang kali selepas bayi itu dikatakan tidak berhenti menangis.

Laporan bedah siasat menunjukkan bayi tersebut meninggal dunia kerana kecederaan pada tengkorak kepala.

Pada Khamis lalu kira-kira pukul 2 pagi (waktu tempatan), ES membawa mayat bayinya yang sudah meninggal dunia kepada ibunya, EBS di Wonocolo, Surabaya.

“Pada masa itu, tangan dan kaki bayi itu sudah sejuk,” kata EBS kepada pemberita.

ES memberitahu EBS bahawa dia akan mengikuti suaminya yang berkursus di Jogjakarta dan akan menguruskan mayat anaknya sebaik sahaja mereka pulang.

Anak sulung pasangan itu yang berumur setahun turut dibawa ke Jogjakarta.

“Saya bertanya bagaimana dia sanggup pergi melancong sedangkan anaknya sudah meninggal dunia.

“Namun ES mengugut untuk membunuh saya jika perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa,” cerita ibunya.

EBS tidak sanggup menyimpan rahsia kematian cucunya apabila mayat mula membusuk dan membuat laporan polis pada Sabtu lepas.

Polis berkata ES mungkin berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun kerana membunuh bayi, sementara menunggu pertuduhan tambahan.

Siasatan setakat ini mendedahkan bahawa suaminya yang sering tiada di rumah kerana sibuk bekerja, tiada semasa kejadian tersebut berlaku dan tidak mengetahui tentang jenayah itu.

Dalam pengakuan rasminya, ES berkata, dia sering melepaskan kemarahannya terhadap bayi mereka setiap kali bergaduh dengan suaminya.

Bayi itu juga dilaporkan mengalami kekurangan zat makanan dan mengalami pertumbuhan yang terbantut. K Online

Bunuh anak 5 bulan sebelum pergi melancong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker