Menteri Pendidikan tekad kembalikan sesi persekolahan bermula semula bulan Januari

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek

NIBONG TEBAL: Menteri Pendidikan melalui Kementerian Pendidikan (KPM) tekad dan komited mahu memastikan takwim sesi persekolahan yang ketika ini bermula pada Mac  akan dikembalikan semula kepada jadual asal iaitu Januari.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kementerian sedang berusaha ke arah itu, namun terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Antara masalahnya ialah  kerana kalendar akademik beserta justifikasi telahpun dikeluarkan.

“Sebagai contoh, jumlah hari bersekolah seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 hendaklah tidak kurang daripada 190 hari,” kata beliau  ketika diminta mengulas sama ada KPM akan menjadualkan semula sesi persekolahan pada Januari.



.Menurut beliau, KPM   turut perlu mengambil kira takwim bagi sekolah-sekolah di negeri Kumpulan A dan B yang dikhuatiri boleh mengganggu proses peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Terdahulu, KPM menetapkan sesi akademik persekolahan tahun 2023 dan 2024 bermula Mac kerana mahu memberi ruang yang cukup kepada murid dan pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka selepas tertangguh ekoran penularan Covid-19.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker