Rosmah cabar lagi pelantikan Sri Ram, mohon perbicaraan kes rasuah batal
KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor sekali lagi memfailkan permohonan mencabar pelantikan Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes rasuah RM1.25 bilion membabitkan projek hibrid solar dihadapinya dan memohon perbicaraan penuh kes itu yang berlangsung sejak 2018, terbatal dan tidak sah.
Rosmah, 70, memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman pada 24 Jun lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) dengan menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden.
Sebelum ini isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu telah memfailkan permohonan sama, di Mahkamah Tinggi Jenayah di sini.
Bagaimanapun, permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi dan rayuannya terhadap permohonan itu juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Dalam permohonan terbaharunya, Rosmah memohon deklarasi bahawa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat), masing-masing bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021 adalah salah di sisi undang-undang.
Beliau memohon pengisytiharan bahawa fiat versi pertama ditandatangani Peguam Negara Idrus Harun, pada 8 Julai 2020, yang sepatutnya ditandatangani peguam negara terdahulu, Tommy Thomas, pada atau sebelum 15 Nov 2018, iaitu tarikh pendakwaan ke atas pemohon adalah tidak sah di sisi undang-undang.
Pemohon memohon deklarasi bahawa fiat versi kedua bertarikh 11 Mei 2021 adalah tidak wujud memandangkan Thomas di dalam bukunya – ‘My Story: Justice in Wilderness’ yang diterbitkan pada 2021 menyatakan pelantikan Sri Ram adalah berkaitan dengan 1MDB dan bukannya kes solar, selain memohon deklarasi bahawa pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu melalui fiat versi ketiga adalah cacat.
Selain itu, Rosmah memohon deklarasi bahawa keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan penuh bagi kes solar yang berlangsung sejak 15 Nov 2018 sehingga pembelaan menutup kesnya adalah tidak sah dan terbatal.
“Oleh itu, saya selaku Orang Kena Tuduh (OKT) hendaklah dilepaskan dibebaskan daripada semua pertuduhan dihadapi di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 di dalam kes solar itu,” kata Rosmah dalam permohonannya.
Sementara itu, peguam Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah ketika dihubungi, berkata permohonan anak guamnya itu akan didengar pada 30 Jun ini di hadapan Hakim Ahmad Kamal Md Shahid.
Rosmah dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk menyediakan tenaga hibrid solar di 369 sekolah di luar bandar Sarawak.
Perbicaraan di Mahkamah Tinggi telah selesai dan Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 7 Jul untuk menyampaikan keputusan sama ada Rosmah akan dibebaskan atau disabitkan dengan tiga pertuduhan rasuah itu.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lim tersenyum terima suapan – Saksi
- Guru beli lembu sado RM20,000 untuk korban
- Apa dosa Mat Kilau?
- Alica Schmidt mahu dikenali sebagai binrang sukan bukan porno
- Pendaftaran BRA tarik perhatian orang ramai
- DJ Sal, DJ Wong perlu dipanggil pihak berkuasa agama
- Formula Rafizi ke laut – Isham Jalil
- Mat Kilau kutip Rm7j dalam tiga hari
- Zaid persoal sikap membisu Badan Peguam berkait dakwaan konflik berkepentingan
- Duda maut jatuh bangunan selepas berkhalwat dengan isteri orang
- Macam James Bond, Najib jadi aktor pula?
- Tiga Ikan Paus Di Langkawi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET