Indonesia naik tarif elektrik, Thailand gas masak sudah RM45 setong, tapi PH pula ajak protes
Indonesia naik tarif elektrik, Thailand gas masak sudah RM45 setong, tapi PH pula ajak protes
Oleh Herman Hamid
TARIF elektrik di negara jiran, Indonesia bakal naik mulai 1 Julai ini.
Kenaikan ini termasuklah bagi kategori kediaman – kecuali jika penggunaan di bawah 3,500 VA (volt ampere) yang kebanyakannya rumah golongan berpendapatan rendah.
Tiga sebab utama diberi Perusahaan Listrik Negara (PLN) Indonesia termasuklah kenaikan kos bahan bakar dunia.
Peningkatan ini jika tidak dilakukan akan menyebabkan kerajaan terus mengeluarkan belanja subsidi yang besar.
Sebab itu, Ketua PLN Indonesia memberi analogi ‘malu’ – malu jika rumah orang kaya terus menerima subsidi elektrik daripada kerajaan.
Ini termasuklah rumahnya sendiri. Begitulah tujuan subsidi, salah satunya bagi meringankan golongan kurang berkemampuan.
Baca: Pengekalan tarif elektrik akan sokong perniagaan, ekonomi – Ahli ekonomi
Harga ayam tidak diapungkan, kadar tarif elektrik kekal – PM
Selain elektrik, kini hangat diperkatakan di republik itu apakah petrol dan diesel (BBM) kekal atau bakal naik.
Presiden Jokowi sejak seminggu dua lalu, berulang kali menyebut mengenai beban belanja subsidi tenaga dan bahan bakar atau istilah popular ‘subsidi membengkak’.
Perbelajaan yang terlalu besar kepada subsidi sudah tentu menjejaskan belanja pembangunan selain kesan kepada fiskal negara.
Dalam ucapan Presiden Indonesia itu di Kupang lima hari lalu, kata Jokowi, rakyat harus faham yang harga dibayar mereka bukan kerana itulah harganya tetapi kerana ada bantuan kerajaan menerusi penyaluran subsidi.
Suatu hari ia mungkin naik kerana harganya di pasaran global, bukan kerana sebab kerajaan menaikkannya.
Di Thailand pula, harga gas memasak naik sebanyak 1 baht (12 sen) setiap kilogram atau RM1.60 setiap tong (15 kg) setiap bulan bermula April lalu. Ini bermakna kenaikan 3 baht setiap kilogram.
Kemudian, kenaikan itu terus berlaku lagi untuk tempoh tiga bulan lagi dari Julai hingga September kerana kerajaannya tidak mampu lagi salur subsidi besar.
Harganya pada Mac ialah 318 baht (RM39.50) untuk tong gas 15 kg, Jun 363 baht atau RM45 dan pada Semptember ini akan menjadi 408 baht (RM50.70).
Di Malaysia, seperti lazimnya, ada pihak yang galak mengeksploitasi kenaikan kos bahan bakar dan makanan di seluruh dunia sebagai salah kerajaan.
Ada satu kenyataan media dikeluarkan hari ini membakar emosi rakyat seolah-olah kerajaan tidak berbuat apa untuk membendung kenaikan kos sara hidup.
Diungkit pula minyak masak botol yang tiada lagi subsidi mulai bulan depan. Diajak mereka supaya rakyat buat protes.
Hello! Apabila kerajaan mengumumkan tarif elektrik dan air tidak dinaikkan, ia melibatkan pertambahan belanja subsidi oleh kerajaan sebanyak lebih RM5 bilion.
Begitu juga subsidi minyak masak. Daripada RM2.2 bilion pada 2021, jumlahnya pada 2022 ialah RM4 bilion – itu pun nak kata kerajaan tak bantu?.
Keseluruhannya hampir RM80 bilion akan dibelanjakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk subsidi kepenggunaan pada tahun ini – tertinggi dalam sejarah buat mana-mana kerajaan.
Bantuan tunai langsung menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang menjadi pilihan ahli eknomi bagi membantu rakyat juga mencecah lebih RM8 bilion tahun ini, juga tertinggi dalam sejarah.
Boleh tanya PH dan bekas Menteri Kewangan mereka, berapa banyak belanja subsidi minyak masak dikeluarkan ketika memerintah?
Kalau jumlahnya RM4 bilion macam tahun ini, mungkin rakyat Malaysia boleh beli minyak masa peket pada 2019 dengan harga RM1.40 atau lebih rendah.
Contoh gas memasak di Thailand yang kini berharga RM45 setong dan peningkatan tarif elektrik di Indonesia tidak berlaku di Malaysia.
Malah dalam isu bekalan minyak masak subsidi pun, situasi Malaysia jauh lebih baik berbanding Indonesia yang gelojaknya tidak berkesudahan.
Ini usaha kerajaan Malaysia untuk membendung peningkatan kos sara hidup rakyat berdasarkan kemampuan kewangan yang ada.
Walau sudah banyak dilakukan, tidak dinafikan ada usaha yang boleh dilakukan lagi dan kerajaan seperti ditegaskan Ismail Sabri memang mendengar pandangan rakyat.
Justeru, apa pun hujah dan kritikan kepada kerajaan biarlah berpandukan fakta dan data.
Bukan berhujah bersandarkan ‘fakta’ separuh masak apatah lagi auta yang keluar dari mulut ahli politik. Pengalaman telah mengajar, jangan percaya bulat-bulat.
Sebabnya sembang itu mudah, begitu juga setakat buat kenyataan media. Gajah pun boleh terbang. Hakikatnya masa jadi kerajaan, apa hampa buat? Utv
Indonesia naik tarif elektrik, Thailand gas masak sudah RM45 setong, tapi PH pula ajak protes
Baca Artikel Menarik:
- Lim tersenyum terima suapan – Saksi
- Guru beli lembu sado RM20,000 untuk korban
- Apa dosa Mat Kilau?
- Alica Schmidt mahu dikenali sebagai binrang sukan bukan porno
- Pendaftaran BRA tarik perhatian orang ramai
- DJ Sal, DJ Wong perlu dipanggil pihak berkuasa agama
- Formula Rafizi ke laut – Isham Jalil
- Mat Kilau kutip Rm7j dalam tiga hari
- Zaid persoal sikap membisu Badan Peguam berkait dakwaan konflik berkepentingan
- Duda maut jatuh bangunan selepas berkhalwat dengan isteri orang
- Macam James Bond, Najib jadi aktor pula?
- Tiga Ikan Paus Di Langkawi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.