Elak Ditangkap Khalwat, Duda Maut Jatuh Pangsapuri Lari Dari Suami Kekasih

Elak Ditangkap Khalwat, Duda Maut Jatuh Pangsapuri Lari Dari Suami Kekasih

Jasin: Seorang duda menemui ajal selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Bemban, di sini, ketika nekad melarikan diri dari rumah kekasihnya dengan berpaut pada seutas dawai ampaian sebaik menyedari suami wanita itu pulang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.47 pagi itu mangsa berusia 46 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, saksi iaitu kekasih si mati berusia 37 tahun yang tinggal bersama tiga anak mendakwa lelaki itu datang ke rumahnya pada 12 tengah malam tadi selepas suaminya keluar dan bermalam di situ.

Katanya, sekitar jam 10.30 pagi semasa pasangan itu berada di ruang tamu, tiba-tiba suami saksi pulang ke rumah dan menyedari kehadiran si mati.

“Suami saksi bertindak mengunci pintu jeriji hadapan rumah menyebabkan pasangan itu terperangkap dan menghubungi polis.

“Walaupun saksi meminta berunding dengan suaminya, namun lelaki itu yang juga peniaga nekad melarikan diri dengan mengikat seutas dawai ampaian di besi palang di bahagian koridor untuk berpaut turun.

“Wanita itu yang berada di ruang tamu hanya melihat si mati dari jauh sebelum terdengar bunyi dentuman di luar koridor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mispani berkata, sebaik melihat ke bawah wanita itu mendapati lelaki berkenaan tertiarap di atas tanah dan tidak bergerak.

“Pemeriksaan fizikal dilakukan ke atas mayat si mati yang lengkap berpakaian itu mendapati terdapat kesan tanah dan darah di bahagian muka dipercayai dia jatuh tersembam selain lengan kirinya juga patah,” katanya.

Mengulas lanjut kata, saksi memberitahu mereka berkenalan pada 2005, namun berpisah dan masing-masing mendirikan rumah tangga.

“Pada 2017 si mati bercerai dengan isterinya sebelum mencari semula saksi untuk menjalin semula hubungan walaupun mengetahui wanita itu sudah berkahwin.

“Mereka menjalinkan hubungan secara sembunyi tanpa pengetahuan suami saksi,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

Tambahnya, kes kini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.-HM

Elak Ditangkap Khalwat, Duda Maut Jatuh Pangsapuri Lari Dari Suami Kekasih

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker