Influenza-Like-Illness (ILI) menyerang sekolah menengah berasrama
SHAH ALAM – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan terdapat satu kejadian kluster Influenza-Like-Illness (ILI) melibatkan sebuah sekolah menengah berasrama di daerah Petaling dikesan pada Selasa lalu.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, kluster tersebut dikesan apabila Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling menerima notifikasi 110 orang pelajar bergejala demam, batuk, selesema serta sakit tekak dan kes pertama telah dikenal pasti bergejala sejak 14 Jun lalu.
“Sehingga semalam, jumlah keseluruhan kes mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan atas seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak adalah 191 orang pelajar dengan kadar serangan jangkitan 32.5 peratus,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, lima orang pelajar telah disahkan positif Influenza A manakala sebanyak 13 sampel lagi masih menunggu keputusan.
“Terdapat satu kes berada di hospital untuk pemantauan dan berada dalam keadaan stabil. Ujian Covid-19 yang dijalankan ke atas 30 orang pelajar bergejala mendapati kesemuanya negatif,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Sha’ari berkata, hasil dari penilaian risiko dijalankan oleh PKD Petaling serta perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah, penutupan sementara asrama telah dijalankan bagi tujuan disinfeksi dan mengawal penularan jangkitan.
“Asrama terbabit akan dibuka semula selepas penilaian risiko ulangan dijalankan oleh PKD Petaling,” katanya.
Menurutnya, pemantauan yang dijalankan oleh JKN Selangor terhadap jangkitan ILI di negeri itu mendapati situasi masih terkawal namun penularan jangkitan di institusi pendidikan, terutamanya sekolah-sekolah berasrama menunjukkan sedikit peningkatan dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.
“Antara faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan tersebut adalah kurangnya penekanan kepada aktiviti ‘gate keeping’ di sekolah-sekolah, pertambahan aktiviti dijalankan secara berkumpulan, sentuhan fizikal sesama pelajar dan kurangnya amalan kebersihan kendiri,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai termasuk pentadbir institusi pendidikan dan pusat-pusat jagaan, sama ada kerajaan mahupun swasta agar sentiasa mengamalkan langkah kawalan kendiri.
“JKNS akan terus memantau situasi dan tren kejadian ILI di Selangor, serta bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan langkah-langkah kawalan dan pencegahan dijalankan dengan sewajarnya,” katanya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aaliyah cipta dua rekod Asia di Florida
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- PM tak perlu layan ugutan Bersatu
- Laporan forensik dedah sumber wang Syed Saddiq
- Isu DNB-5G: Timbalan menteri dengan Menteri tak berkomunikasi?
- CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas
- Shahril sekolahkan Wan Saiful mengenai isu MN
- Saintis percaya manusia boleh bernafas menerusi punggung
- Anak lelaki Elon Musk mahu jadi mak nyah
- Ustaz Kazim Malu Adibah Noor Rahsiakan Sakit Hingga Akhir Hayat
- Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM
- Tembak kucing jiran hingga mati, dua beranak ditahan polis
- Siasat SPRM? Perlu juga panggil lantikan PH – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?
Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau