Pelakon veteran Indonesia Rima Melati meninggal dunia

Pelakon veteran tersohor Indonesia, Rima Melati meninggal dunia sekitar pukul 3.25 petang Khamis pada usia 84 tahun. – Gambar media sosial

JAKARTA: Indonesia kehilangan pelakon veteran tersohor, Rima Melati yang meninggal dunia sekitar pukul 3.25 petang Khamis.
Rima menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di Hospital Gatot Soebroto, Jakarta.

Berita duka itu disahkan oleh anaknya, Aditya Tumbuan, seperti dilaporkan portal berita tempatan.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Rima menjalani rawatan di hospital berkenaan.

Rima yang berasal dari Tondano, Sulawesi Utara dilahirkan dengan nama Marjolien Tambajong.



Sepanjang hayatnya, beliau menempa kegemilangan sebagai pelakon, penyanyi, pengarah dan model.

Rima mengikut jejak langkah seni ibunya, Non Kawilarang yang merupakan antara perintis dunia peragaan di negara itu.

Antara pencapaian tertinggi Rima sepanjang bergelar anak seni ialah meraih anugerah Piala Citra pada 1973 hasil lakonannya dalam filem Intan Berduri bersama Benyamin Sueb.

Piala Citra merupakan penghargaan tertinggi untuk karyawan filem Indonesia.



Beliau juga pernah muncul dalam 100 buah filem antaranya Kupu-Kupu Putih, Cinta Silver, dan Ayah, Mengapa Aku Berbeda?.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim



Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker