Saya syak Syed Saddiq subahat dengan 2 individu berhubung kehilangan RM250,000, kata saksi

KUALA LUMPUR: Seorang penolong penguasa polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, bahawa beliau mengesyaki Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bersubahat dengan dua individu berhubung kehilangan wang tunai RM250,000 dari peti besi di kediaman ahli politik itu, dua tahun lalu.

Ahmad Marzuqi Ibrahim, 39, yang merupakan pegawai penyiasat kes tersebut berkata, beliau mengesyaki perkara itu kerana hanya Syed Saddiq dan dua individu bernama Siti Nurul Hidayah dan Lim Hooi Sean yang mengetahui kata laluan peti besi tersebut.

“Hanya cap jari Syed Saddiq yang ditemui pada almari dan sekitar kawasan peti besi itu. Saya mengesyaki ketiga-tiga mereka terlibat atau bersubahat dalam kes kehilangan wang tersebut.



“Saya mengesahkan pada masa itu, saya telah memberikan surat kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan saya. Namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas diperoleh daripada pihak BNM,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd ‘Afif Ali pada hari kedua perbicaraan kes Syed Saddiq yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah serta pengubahan wang haram.

saksi pendakwaan kelima itu juga mengesahkan berdasarkan hasil siasatannya bahawa tiada kesan umpilan dijumpai pada peti besi dan hanya terdapat kesan cap jari bekas menteri belia dan sukan pada peti besi berkenaan.

“Saya tidak melakukan seberang pengesahan atau siasatan bagaimana YB Syed Saddiq memperoleh wang tersebut kerana siasatan saya ketika itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, iaitu kecurian dalam bangunan.

“Saya juga mengesahkan YB Syed Saddiq tidak pernah memberitahu wang yang hilang tersebut adalah wang campuran politik. Beliau hanya menyatakan bahawa itu adalah wang simpanan beliau dan juga ibu bapa beliau,” katanya.



Terdahulu, Marzuqi berkata, susulan laporan polis tentang kecurian wang RM250,000 yang dibuat oleh Syed Saddiq pada 29 Mac 2020, beliau telah membuat tangkapan terhadap pembantu rumah ahli politik itu, iaitu seorang warga Indonesia bernama Novi Dwi Anggraeni.

“Bagaimanapun, Novi dibebaskan daripada siasatan kerana tiada keterangan dan bukti yang mengaitkannya dalam kes ini. Saya juga mengesahkan tiada kesan pencerobohan di bilik YB Syed Saddiq.

“Saya juga mengesahkan tiada percanggahan terhadap keterangan individu-individu yang telah diambil keterangan berkaitan wang yang hilang itu,” katanya.

Sementara itu, saksi pendakwaan ketujuh, Helmi Abdul Rahman yang menerima panggilan MERS 999 daripada Syed Saddiq berkenaan kejadian kecurian itu berkata, beliau tidak mengesyaki laporan kehilangan duit yang dibuat itu palsu.



“Saya juga tidak bertanya kepada Syed Saddiq bila beliau sedar duit tersebut telah dicuri atau hilang,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, iaitu penolong bendahari Armada Bersatu, yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini, pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini, antara 8 hingga 21 Apr 2018.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang masing-masing sebanyak RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru, pada 16 dan 19 Jun 2018.



Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid bersambung 4 Jul.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker