Warga emas maut tertembak diri sendiri

Warga emas maut tertembak diri sendiri

Kulim: Lelaki warga emas maut dipercayai tertembak diri sendiri ketika berada dalam kebun durian miliknya di Kampung Kongsi Dalam, Sungai Kob Karangan, dekat sini hari ini.



Kejadian disedari pada 9 pagi oleh seorang lelaki berusia 56 tahun yang melihat mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di tangan kanan.

Saksi berkenaan yang juga penoreh getah bersebelahan kebun mangsa menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian, dan pemeriksaan lanjut mendapati mangsa berusia 72 tahun sudah meninggal dunia dipercayai akibat terkena tembakan.

Menurut sumber, sebelum itu pada jam 7 pagi, saksi mendakwa dia ada bertemu dan berbual dengan mangsa yang turut mengajaknya mengutip durian.

“Saksi berkenaan juga mendakwa mangsa datang ke kebun terbabit dengan menunggang motosikal dan turut membawa senapang patah yang digantung di bahu.



“Bagaimanapun, dia mendakwa tidak perasan atau mendengar sebarang tembakan serta letupan ketika kejadian kerana mungkin disebabkan bunyi air sungai berhampiran,” katanya.

Sumber berkata, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sebuah pondok tidak jauh daripada mangsa ditemui terbaring dan polis turut menemui motosikal miliknya di kawasan berkenaan.

“Siasatan di dalam pondok terbabit menemui selaras senapang patah dan polis turut mengesan cebisan isi dipercayai akibat kecederaan tangan mangsa yang terlekat pada dinding.

“Selain itu, pemeriksaan juga menemui kesan lubang di dinding serta bumbung di pondok berkenaan yang dipercayai akibat tembakan peluru,” katanya.



Menurutnya, mangsa kemungkinan terlepas tembakan secara tidak sengaja yang menyebabkan peluru terkena tangan kanannya hingga berlaku pendarahan yang banyak sebelum dia meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit namun setakat ini ia diklasifikasi sebagai mati mengejut.

“Punca kematian akan diketahui selepas proses bedah siasat esok dan setakat ini siasatan kita mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam kes berkenaan,” katanya. HM


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren



Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker