Liverpool enggan berunding dengan Salah
Liverpool enggan berunding dengan Salah
Liverpool dilaporkan menyerah kalah dalam rundingan dengan penyerang berbisa Mohamed Salah dan pemain Mesir itu dijangka meninggalkan pasukan sebagai ejen bebas pada musim panas depan.
The Reds telah pun kehilangan salah seorang bintang mereka, Sadio Mane yang hampir pasti menyertai Bayern Munich manakala Darwin Nunez ditandatangani menggantikan Mane dengan nilai £85 juta (RM457j).
Ketika Mane menunjukkan hasrat mencari cabaran baharu, Salah pula masih berminat kekal di Anfield tetapi kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan mengenai gaji dalam rundingan kontrak baharu yang berlanjutan berbulan lamanya. Salah dilaporkan mahu bayaran £400,000 (RM2.15j) seminggu yang tidak dapat dipenuhi Liverpool.
Laporan media menyebut Liverpool kini menjangkakan tiada sebarang perkembangan positif rundingan dengan Salah dan musim depan bakal yang terakhir buatnya di Anfield. Liverpool tidak bercadang membuka semula pintu rundingan dengan pemain itu dan menuruti permintaan gajinya.
Salah antara pemain bergaji paling mahal di Anfield dengan bayaran £200,000 (RM1.07j) seminggu manakala Liverpool tidak akan ‘mencabuli’ struktur gaji ditetapkan hanya untuk memastikan Salah kekal bersama kelab.
Salah berusia 31 tahun itu pada musim panas depan tetapi tetap berbisa dan bintang Mesir itu meledak 31 gol selain membantu 16 jaringan dalam semua kejohanan musim lalu. HM
Liverpool enggan berunding dengan Salah
Baca Artikel Menarik:
- Kucing makan tuan
- Nurul Izzah tuai emas di New Delhi
- Hina Nabi: Malaysia hantar wakil khas ke India
- Kenyataan Johor keluar Malaysia adalah serius – Mahathir
- Muhyiddin tak serah RM1.3 juta kepada bendahari Bersatu – Mahathir
- Kenapa SPRM tak siasat dari awal nama pemimpin tinggi dalam lejar UKSB – Haniff
- Bawa lari pelajar dari Klang, rogol di Melaka
- Polis tahan lelaki disyaki serang Jagdeep
- Saintis temui lohong hitam yang boleh ‘menelan’ Bumi
- Bekas Ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Parti Politik
- Glasier Kiamat di Antartika mencair lebih cepat
- Ajal ibu muda di mesin basuh
- Pelakon belasah penghuni kondo, polis perlu masa jalankan siasatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET