Tidak Tolak Kemungkinan PRU15 Diadakan Lebih Awal – PM
Tidak Tolak Kemungkinan PRU15 Diadakan Lebih Awal – PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diadakan lebih awal sebelum tempoh berakhir pada Julai tahun hadapan.
Sehubungan, Perdana Menteri meminta semua jentera Barisan Nasional (BN) agar sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi pilihan raya berkenaan yang boleh dilaksanakan bila-bila masa sahaja.
Menurut Ismail Sabri, lazimnya tarikh pilihan raya umum (PRU) tidak dibincangkan secara umum.
“Pilihan raya (PRU15) paling lewat boleh diadakan adalah pada bulan Julai (2023) dan tamat tempoh. Walaupun tamat tempoh (bulan) Julai ianya lebih kurang setahun daripada sekarang… setahun tidak lama bagi parti politik untuk menghadapi pilihan raya.
“Setahun bukanlah satu jangka masa yang lama, jadi kena bersedia. Itu kalau paling lewat setahun pilihan raya, mungkin (PRU) diadakan lebih awal daripada tarikh akhir penggal,” kata Ismail Sabri.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Ramah Mesra Petugas Jalinan Rakyat (JR) Wanita Bera bersama Perdana Menteri di Kompleks Rakan Muda di sini, pada Ahad.
Tambah Ismail Sabri lagi, persediaan awal amat penting bagi memastikan jentera pilihan raya tidak kelam-kabut dan dapat bergerak lancar selepas tarikh pilihan raya diumumkan kelak.
Sementara itu, ditanya mengenai Akta Pendanaan Politik, Perdana Menteri berkata, perkara itu sedang dalam kajian awal dan melalui prosedur yang ditetapkan sebelum dibahas dan diluluskan.
Beliau berkata, pada masa ini Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Undang-Undang di bawah Jabatan Perdana Menteri telah diminta membuat kajian terperinci mengenai perkara itu.AA
Tidak Tolak Kemungkinan PRU15 Diadakan Lebih Awal – PM
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azmin jumpa wakil PKR di Hotel Sheraton – sumber
- Saya tak pernah setuju sertai Caely Holdings – Jovian Mandagie
- Muhyiddin dan 2 bekas menteri terima dana UKSB
- Ganja sebagai steroid ekonomi
- Makhluk menakutkan dirakam di zoo Texas
- Syamsul nak kahwin lagi? Yusof Haslam kunci mulut
- Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela
- Virus cacar monyet dalam air mani, WHO mulakan siasatan
- Setelah 10 bulan berkahwin, Nur Aini akhirnya sedar suaminya seorang wanita
- Wanita bunuh anak 4 tahun kerana cemburu rapat dengan kekasih bekas suami
- Ketahui 12 Khasiat Kegunaan Dan Petua Air Rebusan Pandan Selain Penawar Untuk Lemah Syahwat
- Suami buaya darat mati dibunuh pembunuh upahan isteri
- Bidadari badminton Denmark Alexandra Boje digilai peminat Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex