Perjumpaan dengan PM, Zuraida harap kekal sebagai menteri



SUNGAI SIPUT – Bakal Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin mengharapkan berita baik berpihak kepadanya menjelang pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, minggu hadapan.

Beliau berkata, berita baik itu termasuklah mengekalkan kedudukannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam Kabinet.

“Saya tak tahu lagi bagaimana khabarnya nanti kerana belum jumpa, tetapi saya mengharapkan ia berita baik, itu sahaja.

“Berita baik itu (maksud) kekal jawatanlah supaya mudah untuk saya habiskan program dan perancangan yang telah dimulakan (sebagai menteri),” katanya ketika ditemui merasmikan program Pemerkasaan Wanita di Peringkat Akar Umbi anjuran Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (Comwel) di sini pada Ahad.

Sebagai menteri, Ahli Parlimen Ampang itu akui, masih terdapat beberapa program yang dalam perancangan kementeriannya kini berada di peringkat pelaksanaan.




“Jadi kalau terus (dikekalkan), dapatlah kita sempurnakan apa yang telah dirancangkan itu. Lagipun, (keputusan kekalkan jawatan) boleh bantu menstabilkan negara dan Kabinet,” katanya.

Sidang media Zuraida selepas selesai program Pemerkasaan Wanita di Peringkat Akar Umbi pada Ahad.
Pada 16 Jun lepas, Ismail Sabri mengesahkan akan mengadakan pertemuan dengan Zuraida minggu hadapan bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Pertemuan itu susulan keputusan Zuraida meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai PBM.

Zuraidi dalam laporan media sebelum ini menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri jika diarahkan oleh Perdana Menteri.

Dalam perkembangan lain, beliau yakin, PBM mempunyai peluang cerah untuk bertanding di Perak dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, meskipun parti baharu.




Katanya, dimensi politik ketika ini begitu luas tanpa menonjolkan mana-mana parti yang lebih dominan.

“Semua yang masuk (parti) baru ke, lama, tua atau muda, semua ada peluang kerana yang penting bagaimana kita rancang pendekatan politik untuk mendapat sokongan daripada pengundi.

“Di Perak kita juga ada sasaran, tetapi buat masa ini belum diputuskan lagi,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu



Leave a Reply

Your email address will not be published.