Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Video tular memaparkan kejadian pergaduhan di sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras, di sini pada Jumaat

KAJANG – Perselisihan faham berkaitan hantaran di Facebook menjadi punca seorang lelaki cedera dipukul rakannya di sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras, di sini pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa berusia 48 tahun pada jam 12.40 tengah malam Sabtu.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 10 malam, di mana mangsa berada di restoran berkenaan bersama empat lelaki dengan dua daripada mereka dikenali pengadu.

“Pengadu dan suspek berusia 39 tahun itu berjumpa kerana mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah peribadi mengenai perselisihan faham hantaran di Facebook,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Nasir berkata, bagaimanapun suspek tidak berpuas hati dengan perbincangan itu lalu memukul mangsa dan rakannya menggunakan batang besi paip hingga mengakibatkan pengadu cedera di kepala.

“Mangsa mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Bandar Mahkota Cheras dan menerima 12 jahitan di kepala akibat kecederaan terbabit,” ujarnya.

Beliau berkata, suspek berkenaan sudah dikenal pasti dan sedang dikesan pihak polis bagi membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Ahmad Faizal di talian 019-7691924 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker