Semua A sepatutnya bukan sasaran KPM, hati-hati dengan ‘grade inflation’

Semua A sepatutnya bukan sasaran KPM, hati-hati dengan ‘grade inflation’

Menghasilkan seramai mungkin murid-murid mendapat semua A dalam peperiksaan kebangsaan sepatutnya bukanlah sasaran atau motivasi dalam sistem pendidikan negara ini.

Sebaliknya, sistem pendidikan negara ini perlu berfikir dan bercakap mengenai kualiti pendidikan kerana ia melampaui daripada sekadar sasaran semua A dalam keputusan peperiksaan.

Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Anuar Ahmad berkata, impian mendapat A dalam peperiksaan cukup sekadar impian pelajar itu sendiri dan ibu bapa serta guru.

“Bukan urusan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

”Kecil sangat otak pemimpin pendidikan kalau hanya mampu mempunyai sasaran meramaikan bilangan murid yang dapat semua A.

”Cukuplah mendapat A sekadar menjadi impian individu. Impian ibu bapa dan impian para guru. Tetapi yang nyata itu bukanlah impian sebuah sistem pendidikan negara,” katanya dalam kenyataannya.

Ini kerana, impian sistem pendidikan negara sepatutnya ialah menghasilkan sebuah sistem pendidikan berkualiti.

Oleh itu, beliau memberi amaran supaya KPM perlu berhati-hati dengan grade inflation.

Grade inflation adalah situasi yang mana peningkatan dalam gred purata yang diberikan kepada pelajar terutamanya gred lebih tinggi daripada yang diberikan sebelum ini untuk tahap pencapaian tertentu.

Soal beliau: “Kalau ramai dapat semua A pun, apa pula selepas itu?”.

Pencapaian ini dipersoalkan oleh Anuar kerana walaupun ramai murid yang dapat banyak A ketika SPM tapi apabila sampai ke universiti, pelajar cemerlang macam ‘sesat’ sebab masih ramai yang tidak dapat menguasai walaupun konsep dan perkara asas.

Dakwanya, masih ada dalam kalangan pelajar cemerlang ini kurang mahir bahasa Melayu dan Inggeris, tidak kurang juga yang kurang yakin dalam kemahiran komunikasi.

”Masih ada yang pengetahuan am juga tidak memuaskan. Tanyalah pensyarah yang mengajar matrikulasi, asasi atau mahasiswa tahun satu di universiti , betul atau tidak situasi ini?,” tambah beliau.

Menurut Anuar, isu grade inflation ini turut menjadi kebimbangan masyarakat di United Kingdom sekitar tahun 2015 sehingga kerajaan negera itu diminta untuk kawal ‘grade inflation’ ini supaya jangan sampai ramai dapat semua A tapi nilainya rendah.

”Samalah macam duit. Pegang duit berkepok-kepok tapi apa faedahnya kalau nilainya rendah disebabkan inflasi,” ujarnya.

Beliau sekali lagi menekankan bahawa gred A dalam peperiksaan kebangsaan bukan segala-galanya tetapi kualiti pendidikan adalah matlamat utama sebuah sistem pendidikan negara.

Lantaran itu, katanya, KPM tidak perlu pun umum di televisyen berapa ramai murid dapat semua A, cukup sekadar melalui pekeliling rasmi tentang tarikh dan masa keputusan SPM sahaja. MG

Semua A sepatutnya bukan sasaran KPM, hati-hati dengan ‘grade inflation’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker