Elon Musk kena saman lebih RM1 trilion
NEW YORK – Seorang pelabur mata wang kripto dogecoin yang pada mulanya dicipta sebagai satu jenaka tetapi nilainya menurun selepas dipromosikan oleh Elon Musk, mengemukakan saman berjumlah AS$258 bilion (RM1.13 trilion) terhadap bilionair berkenaan dan syarikatnya iaitu Tesla dan SpaceX kelmarin.
Keith Johnson yang mengalami kerugian selepas melabur dalam dogecoin menganggap dirinya sebagai ‘seorang rakyat Amerika Syarikat yang menjadi mangsa penipuan Skim Piramid Kripto Dogecoin’.
Dia meminta tindakan undang-undangnya diklasifikasikan sebagai saman berkumpulan bagi mewakili mereka yang rugi akibat melabur dalam dogecoin sejak 2019.
Sejak Musk mula mempromosikan mata wang maya tersebut, pelabur-pelabur mengalami kerugian sekitar AS$86 bilion (RM378.19 bilion), demikian menurut anggaran Johnson.
Dia mahu Musk membayar jumlah tersebut kepada pelabur selain ganti rugi tambahan berjumlah AS$172 bilion (RM756.37 bilion)
Diasaskan dalam tahun 2013, pengasas-pengasasnya menyatakan bahawa dogecoin merupakan tindak balas ironi (jenaka) terhadap dua fenomena internet iaitu matawang kripto seperti bitcoin dan imej meme anjing Shiba Inu.
Dogecoin didagangkan pada harga kurang satu sen untuk tempoh sebahagian besar kewujudannya.
Nilainya melonjak pada permulaan 2021 dan meningkat kepada AS$0.73 (RM3.21), Mei tahun berkenaan susulan pembelian besar-besaran yang didorong oleh saga GameStop dan komen jenaka tentang dogecoin oleh Musk.
Kelmarin nilai mata wang kripto tersebut adalah kurang daripada enam sen.
Johnson berkata bahawa beliau percaya Musk meningkatkan harga dogecoin menerusi komen jenakanya dan terlibat dalam dagangan besar mata wang itu. – AFP
Elon Musk kena saman lebih RM1 trilion
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azmin jumpa wakil PKR di Hotel Sheraton – sumber
- Saya tak pernah setuju sertai Caely Holdings – Jovian Mandagie
- Muhyiddin dan 2 bekas menteri terima dana UKSB
- Ganja sebagai steroid ekonomi
- Makhluk menakutkan dirakam di zoo Texas
- Syamsul nak kahwin lagi? Yusof Haslam kunci mulut
- Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela
- Virus cacar monyet dalam air mani, WHO mulakan siasatan
- Setelah 10 bulan berkahwin, Nur Aini akhirnya sedar suaminya seorang wanita
- Wanita bunuh anak 4 tahun kerana cemburu rapat dengan kekasih bekas suami
- Ketahui 12 Khasiat Kegunaan Dan Petua Air Rebusan Pandan Selain Penawar Untuk Lemah Syahwat
- Suami buaya darat mati dibunuh pembunuh upahan isteri
- Bidadari badminton Denmark Alexandra Boje digilai peminat Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex
You must be logged in to post a comment.