Hina Nabi, 4 warga Nepal ditahan

Hina Nabi, 4 warga Nepal ditahan

Empat lelaki warga Nepal ditahan kerana disyaki terlibat dalam penularan rakaman video sekumpulan lelaki berkumpul di kuil di Batu Caves, bagi menyatakan sokongan terhadap ahli politik daripada Parti Bharatiya Janata (BJP), Nupur Sharma, yang menghina Nabi Muhammad, di India.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, suspek berusia 26 hingga 27 tahun itu ditahan di kawasan Meru, Klang.



“Turut dirampas peranti yang dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik hantaran yang ditularkan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan menghasut.

Selain itu, kes berkenaan juga disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Dalam pada itu, Jalil berkata, polis sedang mengesan suspek yang masih bebas.



“Polis menggesa individu yang terlibat dalam rakaman video tersebut untuk tampil membantu siasatan.

“Orang ramai yang tahu mengenai kejadian juga diseru menyalurkan maklumat kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman di talian 0322666071,” katanya. FMT

Hina Nabi, 4 warga Nepal ditahan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai



Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker