Tidak mampu menang sendiri, PAS masih harap kerjasama parti Melayu

KOTA BHARU – Pas masih berharap kerjasama politik antara parti besar Melayu untuk kepentingan negara.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah bagaimanapun berkata, Pas tiada masalah jika UMNO tidak lagi mahu bekerjasama dengan Pas.

“Pas belum tutup buku untuk bekerjasama dengan parti besar Melayu lain. Bagaimanapun, jika UMNO berpendapat tidak perlu lagi kerjasama, mereka boleh tutup buku sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini pada Rabu.

Mohd Amar turut memaklumkan jumlah kerusi yang akan ditandingi Pas Kelantan diserahkan kepada kerajaan pusat.

“Perbincangan masih berjalan dan kita serahkan kepada kerajaan pusat,” katanya.

Mohd Amar sebelum ini memaklumkan media pilihan raya tidak perlu dipercepatkan kerana tempoh sebenar mengundi tidak sampai setahun.

“Saya rasa tidak perlu percepatkan pilihan raya. Paling lewat bulan lima tahun depan,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker