Pembuli siber, parlimen luluskan hukuman lebih berat



Parlimen Jepun meluluskan rang undang-undang (RUU) baharu bagi mengenakan hukuman lebih berat ke atas mereka yang didapati bersalah melakukan penghinaan secara online, lapor laman berita RT, semalam.

Pindaan kepada kanun keseksaan itu ditetapkan ubakal berkuat kuasa akhir musim panas ini.

Di bawah undang-undang baharu itu, tindakan melakukan penghinaan secara online boleh menyebabkan seseorang dijatuhi hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda kira-kira 300,000 yen (RM9,856).

Sebelum perubahan itu, pesalah hanya dikenakan denda sekitar 10,000 yen (RM327) atau dipenjara kurang dari 30 hari.

Pelaksanaan itu adalah salah satu langkah percubaan kerajaan Jepun untuk mengekang kegiatan pembuli siber selepas berdepan kritikan berhubung potensi implikasinya terhadap kebebasan bersuara.




Hukuman lebih keras untuk penghinaan secara online itu berlaku dua tahun selepas pembunuhan bintang program realiti dan ahli gusti, Hana Kimura yang berusia 22 tahun ketika meninggal dunia.

Kimura membunuh diri pada Mei 2020 akibat gelombang buli siber yang diterimanya berikutan persembahannya dalam rancangan Netflix, ‘Terrace House’. – Agensi

Pembuli siber, parlimen luluskan hukuman lebih berat

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka



Leave a Reply

Your email address will not be published.