Pasaran Saham Malaysia Antara Paling Corot Dalam Dunia Selepas PRU14

Oleh Nurul Aisyah

SEPATUTNYA pasaran saham negara kita tidak seteruk hari ini jika Barisan Nasional(BN) yang memerintah Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

Kenapa pasaran saham Malaysia sahaja prestasinya lebih teruk berbanding ketika Covid bermula? Pasaran saham kita adalah antara paling corot dalam dunia. Ini fakta yang sangat sukar untuk kita terima.

Namun inilah hasil dari kekalahan BN ketika PRU-14 apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih negara yang diikuti dengan Perikatan Nasional(PN) dan kerajaan campuran.

Sebelum PRU14, Bursa Malaysia merupakan pasaran saham dalam trend menaik paling lama dalam dunia (world’s longest bull-run market) di mana indeks bursa naik ke paras paling tinggi dalam sejarah dengan 1,896 mata.

Persoalannya kenapa pasaran saham Malaysia hari ini lagi teruk berbanding ketika Covid bermula sedangkan ekonomi negara sudah dibuka semula, harga-harga komoditi eksport semakin tinggi dan prestasi eksport barangan pembuatan utama kita semakin mencanak?

Apa yang menteri kanan ekonomi merangkap menteri MITI, menteri ekonomi, menteri kewangan, pengerusi Majlis Pemulihan Negara dan BNM sedang buat?

Pasaran saham sesebuah negara mengambarkan keyakinan pelabur serta merupakan petunjuk bagi prestasi sesebuah negara. Selain merupakan sumber dana bagi syarikat-syarikat Malaysia untuk membuat pelaburan baharu, ianya juga sangat penting dari segi membina kekayaan Rakyat kerana sebahagian besar simpanan Rakyat adalah dalam tabung-tabung simpanan yang melabur dalam pasaran saham tempatan seperti KWSP, PNB, KWAP dan lain-lain.

Mampukah kerajaan campuran ini melaksanakan langkah untuk memulihkan keyakinan kepada pasaran saham kita serta menyatakan bahawa kerajaan faham kepentingan pasaran saham kepada kesihatan ekonomi negara dan kewangan Rakyat.

Menurut Datuk Seri Najib, ada beberapa faktor yang menyebabkan prestasi Bursa Malaysia teruk:

1) Dasar-dasar kewangan seperti cukai makmur serta pemansuhan pengecualian cukai bagi hasil diperolehi dari luar negara yang diumum dalam bajet 2022 (kedua-dua DSN bantah dalam perbahasan beliau ketika itu) telah menghakis keyakinan pelabur.

2) Nilai Ringgit yang semakin menjunam biarpun harga minyak dunia semakin tinggi (jauh berbeza dengan masa dahulu di mana nilai Ringgit akan bergerak dalam trend yang sama dengan harga minyak).
Ramai pelabur asing mungkin rasa nilai Ringgit akan terus menurun – sebab itu mereka mungkin tidak mahu melabur di pasaran Malaysia.
Kerajaan dan BNM perlu buat sesuatu untuk stabilkan dan memulih nilai Ringgit sebagaimana kerajaan BN dahulu buat ketika nilai Ringgit turun mendadak pada akhir tahun 2016 setelah Trump diumum presiden USA.

Langkah tersebut berjaya memulihkan nilai Ringgit ke paras RM3.83 ke US$1 pada tempoh sebelum PRU14. Masa itu juga DSN menubuhkan tabung pelaburan ValueCap khususnya untuk melabur dalam pasaran saham Malaysia bagi mengembalikan keyakinan pelabur serta mengambil kesempatan harga saham yang lebih rendah masa itu.
“Malaysia’s Najib delivers US$4.6B boost for stock market”

ValueCap berjaya mengaut keuntungan yang besar sebelum ianya dimansuhkan kerajaan PH pada tahun 2019.

3) Kestabilan politik Malaysia masih terjejas. Ketika ini, blok ahli parlimen kerajaan terbesar iaitu PN masih mahu tumbangkan PM Ismail melalui cara berpakat dengan PH untuk mendapat sokongan 119 ahli parlimen.

Menteri-menteri utama kewangan, ekonomi, perdagangan dan pengerusi Majlis pemulihan negara juga dari blok yang mahu tumbangkan PM.

4) Masalah kekurangan tenaga kerja yang semakin serious masih belum selesai dan mula mengakibatkan prestasi pengeluaran serta rancangan perkembangan syarikat-syarikat tempatan.

Jika kerajaan yang ada pada hari ini tidak mampu untuk memulihkan ekonomi negara maka mereka sepatutnya memberi laluan kepada PRU-15 secepat mungkin. “Time is money” maka ianya perlu disegerakan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker