Akhirnya Zaki Yamani Lepas Rindu Jumpa Jamal Abdillah… ‘Baba Beri Hadiah Baju Dan Kasut’

Akhirnya Zaki Yamani Lepas Rindu Jumpa Jamal Abdillah… ‘Baba Beri Hadiah Baju Dan Kasut’

SELEPAS lebih setahun tidak bersua muka, penyanyi Zaki Yamani berkesempatan mengadakan pertemuan selama satu jam dengan bapanya iaitu Datuk Jamal Abdillah.

Zaki, 16, memberitahu dia bertemu dengan Jamal di sebuah hotel pada Ahad dan mereka sempat berbual tentang perkembangan terbaharu selain berkongsi tip penjagaan suara.



Perjumpaan dua beranak ini juga sekaligus menepis dakwaan yang selama ini mengatakan hubungan kedua-duanya dingin kerana jarang berjumpa.

“Kami ada berhubung sebelum ini dan pertemuan semalam sangat bermakna buat saya walau hanya sekejap. Saya dan baba (panggilan untuk Jamal) sangat gembira dan dapatlah melepaskan rindu.

“Masing-masing sibuk dengan kerja, jadi tidak dapat berbual lama. Baba ada beri hadiah baju dan sepasang kasut buat saya.



“Selain itu dia juga turut memberi nasihat tentang amalan menjaga suara supaya saya boleh sentiasa menyanyi dengan baik,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin

Isu hubungan Zaki dan Jamal mula diperkatakan apabila raja pop itu sebelum ini mendakwa dia terpaksa berjumpa anaknya secara sembunyi kerana dihalang oleh bekas isteri iaitu Fatimatuzahra Samad.

Untuk rekod, Zaki adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra.



Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak sulung lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof

Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang lahir pada Februari lalu.

Menganggap isu yang terjadi sebelum ini sudah selesai, Zaki enggan mengulas lanjut kerana bimbang sebarang kenyataan akan mengeruhkan lagi hubungan mereka.



“Hubungan kami baik-baik sahaja. Tak perlulah saya komen lanjut kerana bimbang nanti ada yang salah anggap lagi.

“Cerita yang diperkatakan sebelum ini juga memberi kesan kepada saya sehingga rasa tertekan apabila ramai orang asyik bertanya perkara sama,” ujarnya

Bercakap mengenai perkembangan terbaharu, Zaki bakal bersaing dalam rancangan Ceria Popstar Xtra yang akan bersiaran pada 29 Jun ini.

Kata Zaki, dia agak bimbang mengenai tahap kesihatannya yang tidak menentu dan sering mengalami demam.



“Memang saya perlukan doa dan sokongan baba untuk pertandingan ini. Tetapi biarlah saya bawa nama sendiri dan serlahkan bakat yang ada.

“Sebenarnya sejak dua bulan lalu saya sering alami demam. Keadaan itu membuatkan saya risau untuk bertanding. Saya juga ada masalah dalam lontaran suara selepas terkena jangkitan Covid-19 pada Februari lalu,” jelasnya. mSTAR

Akhirnya Zaki Yamani Lepas Rindu Jumpa Jamal Abdillah… ‘Baba Beri Hadiah Baju Dan Kasut’



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker