Kenapakah ramai warga AS simpan senjata?

Penjualan senjata api melonjak di Amerika Syarikat sejak tahun 2009

PADA tahun 1776, Amerika Syarikat (AS) baharu sahaja mengisytiharkan kemerdekaan daripada England.

Ketika perang melanda sudah terdapat perdebatan sama ada warga AS mempunyai hak untuk memiliki senjata api secara individu atau sebagai ahli militia tempatan?

Sekitar dua minggu lalu, lantaran kes 19 orang pelajar dan dua guru mati ditembak di sebuah sekolah di negeri Texas, perdebatan mengenai pemilikan senjata semakin panas dalam kalangan rakyat AS.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa rakyat negara itu memiliki senjata api sehingga mencetuskan pembunuhan beramai-ramai.



Menurut pakar senjata api, ia adalah berpunca daripada sejarah penubuhan negara berkenaan yang mendapat kebebasannya daripada Britain.

Ia juga disebabkan oleh kepercayaan yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna bahawa mereka memerlukan senjata api untuk keselamatan diri masing-masing.

Menurut Ryan Busse iaitu bekas eksekutif dalam industri senjata api di AS, pembunuhan besar-besaran yang berlaku baru-baru ini di Texas adalah akibat daripada model perniagaan industri senjata yang direka untuk mendapat keuntungan.

Beliau menyatakan demikian dalam majalah dalam talian Bulwark di internet.



Pengumuman senjata api itu mempunyai kaitan dengan sejarah negara tersebut.

‘Budaya Senjata Api 2.0’ itu ialah trend warga AS yang menganggap pentingnya senjata api untuk melindungi rumah dan keluarga mereka.

PEMILIKAN SENJATA SEBAGAI KELEBIHAN

Presiden keempat AS, James Madison yang memerintah dari tahun 1809 hingga 1817 dan dikenali sebagai Bapa Perlembagaan AS menyatakan dalam artikelnya bahawa bersenjata adalah kelebihan yang dimiliki warganegara tersebut berbanding rakyat di kebanyakan negara lain.



Bagaimanapun, beliau dan pengasas-pengasas AS yang lain memahami isu tentang pemilikan senjata api adalah rumit.

Negeri-negeri baharu dalam AS tidak mempercayai kerajaan Persekutuan dan mahukan undang-undang sendiri dan senjata api yang tersendiri selain mengetahui bahawa penduduk negara berkenaan perlu memburu haiwan liardan melindungi diri daripada pencuri.

Terdapat Pindaan Kedua dalam Perlembagaan AS yang menjamin hak memiliki senjata api dalam kalangan rakyatnya.

Ia menyatakan tentang hak-hak rakyat untuk menjaga dan membawa senjata api.



Senjata api digunakan secara meluas di Amerika Syarikat. -Foto AFP
Senjata api digunakan secara meluas di Amerika Syarikat. -Foto AFP

 

Namun, pada awal abad ke-20, urbanisasi berlaku di AS dan banyak senjata api dijual di negara tersebut tetapi ia turut mengalami tahap jenayah yang ketara.

Dari 1900 hingga 1964, seorang ahli sejarah AS, Richard Hofstadter menyatakan negara itu merekodkan lebih daripada 265,000 pembunuhan melibatkan senjata api, 330,000 kejadian bunuh diri dan 139,000 kemalangan akibat senjata api.

Sebagai tindak balas kepada lonjakan keganasan jenayah terancang maka pada tahun 1934, kerajaan Persekutuan mengharamkan mesingan manakala penggunaan senjata api perlu didaftarkan dan dikenakan cukai.



Setiap negeri turut meningkatkan lagi kawalan undang-undang senjata api seperti larangan membawa senjata di khalayak ramai atau di tempat terbuka atau tersembunyi.

Pembunuhan Presiden AS ke 35, John F. Kennedy dan Peguam Negara AS, Robert F. Kennedy serta pejuang hak-hak asasi manusia, Martin Luther King yang dilakukan oleh individu dengan menggunakan senjata api berlaku pada tahun 1960an.

Pembunuhan itu menyebabkan peraturan yang ketat tentang pemilikan senjata api dilalukan pada tahun 1968.

BUDAYA SENJATA API



Sepanjang dua dekad lalu yang merupakan satu tempoh yang mana lebih daripada 200 juta senjata api berada di pasaran AS, terdapat peralihan sebab-sebab kenapa senjata api diperlukan oleh mereka di negara tersebut.

Selepas AS merdeka, rakyatnya mahukan senjata api untuk tujuan memburu binatang dan aktiviti sukan yang dikenali sebagai ‘Budaya Senjata Api 1.0’.

Bagaimanapun, sebab-sebab warga AS mahu memiliki senjata api kemudian bertukar dan ia dikenali sebagai ‘Budaya Senjata Api 2.0’.

‘Budaya Senjata Api 2.0’ itu ialah trend warga AS yang menganggap pentingnya senjata api untuk melindungi rumah dan keluarga mereka.

Sementara itu, banyak negeri di AS yang bimbang tentang peningkatan jenayah menyebabkan penduduknya dibenarkan membawa senjata api di khalayak ramai tanpa permit.

Jenayah kekerasan di AS telah menurun sejak dua dekad lalu tetapi kejadian pembunuhan berkaitan dengan senjata api telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Justeru, ekoran wujudnya ‘Budaya Senjata Api 2.0’ menyebabkan kumpulan pembela pemilikan senjata api, Persatuan Raifal Kebangsaan (NRA) dan industri senjata api memberitahu penduduk AS bahawa mereka memerlukan senjata api peribadi untuk melindungi diri mereka, menurut Busse dalam artikelnya itu.

Pihak pemasaran yang menjual senjata api di negara tersebut pula mahu menggunakan isu penduduk AS akan diserang oleh pihak perusuh dan pencuri.

Justeru, ia menggembar-gemburkan tentang keperluan untuk menggunakan senjata api untuk tujuan tersebut.

Sejak tahun 2009, jualan senjata api telah melonjak terutamanya penjualan senapang serangan jenis AR-15 dan pistol separa automatik.

Ketika ini, majoriti pemilik senjata terutama pemilik senjata api baharu menyatakan bahawa mempertahankan diri sebagai sebab utama untuk memiliki senjata, menurut satu artikel senjata api di negara tersebut. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker