Ibu Selamatkan Anak Lelaki Daripada Diculik, Suspek Berjaya DiTangkap [VIDEO]

Ibu Selamatkan Anak Lelaki Daripada Diculik, Suspek Berjaya DiTangkap

NEW YORK: Seorang ibu berjaya menyelamatkan anak lelakinya daripada dilarikan oleh seorang penculik di Queens, New York pada Khamis lalu.

Kejadian itu berlaku ketika ibu tersebut yang sedang berjalan kaki di tepi jalan raya apabila dengan tiba-tiba datang seorang penculik merampas dan melarikan anak lelakinya yang berjalan bersamanya.

Seorang lagi anak lelakinya juga berjalan kaki bersamanya.

Penculik lelaki itu kemudian mendukung anak lelaki wanita tersebut dan berlari ke arah sebuah kereta yang terletak beberapa meter dari jalan tersebut.

Lelaki muda yang mendukung anak lelakinya itu kemudian meletakkannya di tempat duduk penumpang belakang keretanya.

Si ibu kemudian berlari ke arah kereta berkenaan dan sempat menarik anak lelakinya yang berusia lima tahun dari tingkap kenderaan tersebut.

Seorang lagi anak lelakinya turut meluru ke arah kereta tersebut bagi membantu menyelamatkan saudara lelakinya itu.

Penculik itu yang gagal melarikan anak lelaki wanita tersebut kemudian memecut kenderaannya dari tempat kejadian.

Ketika diwawancara oleh stesen televisyen ABC7NY, ibu tersebut Dolorez Diaz Lopez berkata, ketika kejadian dia dan dua anaknya itu dalan perjalanan menemui bapanya pada kira-kira jam 8 malam.

Kejadian itu dirakamkan menerusi sebuah kamera pengawasan yang berada di kawasan tersebut.

Menurut polis, budak lelaki itu tidak cedera dalam kejadian tersebut.

Polis New York meminta bantuan orang ramai untuk mengenal pasti dua suspek yang terlibat dalam kejadian penculikan tersebut. dan terbaru saspek telah di tahan polis –New York Post

Ibu Selamatkan Anak Lelaki Daripada Diculik, Suspek Berjaya DiTangkap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

 

Banjir Jerman: 110 disahkan maut, 1,300 hilang [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker