Bungkus dalam PRU-15, PAS tidak kisah kerana sudah biasa kalah

BAGAN SERAI – Pas Perak menyelar pandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan parti itu khuatir kehilangan kerusi sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disegerakan.

Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria berkata, tiada istilah takut hilang kerusi memandangkan parti itu sendiri telah melalui fasa tewas bertanding pada PRU sebelum ini.

Menurutnya, dalam keadaan situasi politik sekarang, UMNO sepatutnya yang perlu rasa gentar kehilangan kerusi-kerusi Parlimen.

“Isu takut hilang kerusi tu tak sepatutnya timbul kerana Pas memang dah biasa kalah.

“UMNO yang sepatutnya perlu rasa khuatir sebab sekarang ini kerajaan di bawah pentadbiran pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN), kita ini (Pas) hanya mencukupkan dan melengkapkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek bantuan RM100,000 kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Al-latifiah di Alor Setanggok dekat sini pada Isnin.

Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menempelak kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pihak yang bertegas mahu menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah kumpulan sebenar kemaruk kepada kuasa.
Razman berkata, UMNO yang mempunyai lebih 40 kerusi Parlimen sepatutnya ada kuasa untuk membubarkan Parlimen sepertimana pernah dilakukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan Johor.

“Jadi kenapa bila nak bubar Pusat, nak salahkan Pas yang ada 18 kerusi ni, bubarlah kalau berani,” katanya.

Beliau berkata, pendirian Pas untuk tidak bersetuju PRU15 diadakan dalam tempoh terdekat bukanlah disebabkan gentar atau tidak bersedia, tetapi demi kepentingan rakyat yang terbelenggu dengan pelbagai isu ekonomi dan bekalan makanan.

Katanya, isu kenaikan harga, bekalan makanan yang terjejas serta krisis eksport dan import negara, itu perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan.

“Pendirian Pas untuk selesaikan dulu masalah rakyat, tergesa-gesa nak adakan PRU itu bukanlah satu keperluan lagi,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker