Bacaan pertama RUU mansuh hukuman mati mandatori Oktober ini

Bacaan pertama RUU mansuh hukuman mati mandatori Oktober ini

Pindaan rang undang-undang (RUU) memansuhkan hukuman mati mandatori akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Oktober ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya, tinjauan umum berhubung pindaan itu akan dilakukan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), sebelum RUU terbabit dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Saya yakin kedua-dua Dewan (Rakyat dan Negara) tiada halangan…dan kita ada undang-undang pemansuhan paling awal pada Januari tahun depan,” katanya dalam sidang media.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan ia bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori membabitkan 11 kesalahan, dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Sebelas kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan (kesalahan bunuh), Seksyen 121A Kanun Keseksaan (Kesalahan-kesalahan terhadap tubuh Yang di-Pertuan Agong, raja atau Yang Dipertua Negeri) dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Susulan pengumuman pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, hukuman mati masih dikekalkan untuk kesalahan besar, tetapi tiada lagi hukuman mati mandatori. FMT

Bacaan pertama RUU mansuh hukuman mati mandatori Oktober ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker