Rusia Perkenal Restoran McDonald’s Dengan Logo Berbeza Versi Baharu..Netizen Cakap Bendera Bangladesh

Rusia Perkenal Restoran McDonald’s Dengan Logo Berbeza Versi Baharu..Netizen Cakap Bendera Bangladesh

RESTORAN makanan segera McDonald’s keluar dari Rusia baru-baru ini susulan pencerobohan mereka ke atas Ukraine.

Bagaimanapun, Rusia pada minggu depan dijangka membuka semula 15 restoran makanan segera itu dalam versi baharu.



Malah, mereka turut menampilkan visual burger dan dua kentang goreng dalam logo terbaharu restoran tersebut.

“Latar belakang hijau logo melambangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang biasa digunakan oleh pengguna kami,” kata jurucakap Sistema PBO, firma yang menguruskan perniagan milik McDonald’s di Rusia sebelum ini.

Pengguna media sosial mengulas bahawa logo baharu itu masih kelihatan seperti “M”.

Malah, ada netizen yang berkata bahawa logo itu kelihatan seperti bendera Bangladesh, yang turut mempunyai latar belakang hijau gelap dan bulatan merah dalam rona serupa dengan logo baharu itu.



Menurut akhbar Izvestia, Sistema PBO telah menyerahkan lapan nama berpotensi untuk rangkaian baharu itu kepada Rospatent, yang merupakan agensi kerajaan Rusia yang bertanggungjawab ke atas harta intelek.

McDonald’s, Sistema PBO dan Rospatent bagaimanapun tidak memberi respon kepada BBC ketika diminta mengulas hal itu.

Untuk rekod, McDonald’s menghentikan sementara perniagaannya di Rusia pada Mac, kurang dua minggu selepas negara itu menyerang Ukraine.



Bulan lalu, McDonald’s mengumumkan akan meninggalkan Rusia kerana “krisis kemanusiaan” dan “persekitaran operasi yang tidak dapat diramalkan” yang disebabkan oleh perang

Alexander Govor, yang mengendalikan 25 restoran McDonald’s di Siberia, akan mengambil alih restoran firma itu.

Di bawah perjanjian itu, McDonald’s berkata ia akan mengekalkan tanda dagangannya di Rusia.

Ia juga mempunyai pilihan untuk membeli balik restorannya dalam tempoh 15 tahun.



Sebelum mengumumkan bahawa ia akan meninggalkan Rusia, McDonald’s telah beroperasi di negara itu selama lebih 30 tahun.

Gergasi makanan segera itu membuka restoran Rusia pertamanya di Moscow pada Januari 1990. – BBC.

Rusia Perkenal Restoran McDonald’s Dengan Logo Berbeza Versi Baharu..Netizen Cakap Bendera Bangladesh



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker