Keluar tangkap ikan di Indonesia, hanyut sampai Johor

Keluar tangkap ikan di Indonesia, hanyut sampai Johor

Kota Tinggi: Seorang nelayan warga Indonesia diselamatkan nelayan tempatan selepas bot dinaiki terbalik dipukul ombak malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat daripada nelayan tempatan mengenai penemuan nelayan warga Indonesia berpaut pada pelampung pukat di kedudukan 1.0 batu nautika tenggara Tanjung Penyusop, jam 8 pagi tadi.

Katanya, mangsa, Malik Karim, 43, berasal dari Batam, Indonesia, dipercayai keluar bersama seorang rakan untuk menangkap ikan.

“Bot mereka terbalik akibat dipukul ombak di perairan Batam kira-kira jam 9 malam.

“Sejurus menerima maklumat, Op Carilamat diaktifkan ke lokasi untuk pencarian sekitar lokasi dan mangsa ditemui selamat.

“Menurut mangsa, dia berpaut pada pelampung pukat dan hanyut jauh daripada rakannya yang dilihat sempat berpaut pada bot, dipercayai hanyut dalam perairan Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nurul Hizam berkata, Op Carilamat ditamatkan pada jam 1 tengah hari dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia juga dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Mangsa diberi rawatan awal dan berada dalam keadaan stabil serta tiada sebarang kecederaan.

“Mangsa dibawa ke pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili dan diserahkan kepada Konsulat Jeneral Republik Indonesia untuk tindakan lanjut,” katanya. HM

Keluar tangkap ikan di Indonesia, hanyut sampai Johor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker