Idris enggan ulas titah sultan supaya hadir Bon Odori
Idris enggan ulas titah sultan supaya hadir Bon Odori
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad enggan melayan apabila ditanya adakah beliau akan mengikut titah Sultan Selangor supaya menghadiri festival Bon Odori untuk “memahami perbezaan antara agama dan budaya”.
Ketika ditanya wartawan, beliau berulang kali menolak sebarang soalan mengenai perayaan musim panas masyarakat Jepun itu.
“Bon Odori ini saya tak nak panjang sangat,” katanya ketika ditemui dalam majlis perasmian dewan terbuka, pecah tanah dan anugerah huffaz.
Beliau juga meminta wartawan bertanya soalan lain dan enggan bercakap mengenai festival itu lagi.
Pada 6 Jun lalu, Idris memberitahu supaya umat Islam tidak menyertai festival Bon Odori, dengan mendakwa perayaan itu “dipengaruhi unsur agama lain”, berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menyekat program kebudayaan Jepun yang akan diadakan di negeri itu dan meminta Idris turun padang melihat sendiri festival berkenaan.
Sultan Sharafuddin bertitah, baginda tidak mahu menteri itu menggunakan platform Jakim untuk membuat “kenyataan yang mengelirukan dan tidak tepat serta boleh menjejaskan imej dan reputasinya.”
Sultan Selangor bertitah, baginda sendiri pernah menghadiri sambutan perayaan itu pada 2016 diiringi duta besar Jepun ke Malaysia dan menerusi pemerhatian, sambutan Bon Odori tidak melibatkan upacara berbentuk keagamaan atau ritual (syirik) yang boleh memesongkan akidah mereka yang hadir menyaksikan.
Titahnya, baginda tidak mahu pihak tertentu khususnya ahli politik menggunakan isu menyentuh sensitiviti agama sebegini untuk kepentingan peribadi dan meraih populariti semata-mata.
Baginda menggesa mereka agar tidak sewenang-wenangnya melabelkan sesuatu perkara itu negatif tanpa membuat kaji selidik yang mendalam.
Festival tahunan itu yang dianjurkan oleh masyarakat Jepun di Malaysia kembali diadakan selepas berehat selama dua tahun disebabkan wabak Covid-19. Ia akan diadakan di Shah Alam pada 16 Julai dan Pulau Pinang pada 30 Julai. FMT
Idris enggan ulas titah sultan supaya hadir Bon Odori
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.