Pas hipokrit, Kelantan pernah anjur Bon Odori – Syed Saddiq

Pas hipokrit, Kelantan pernah anjur Bon Odori – Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mempersoalkan pendirian sebenar Pas berhubung penganjuran festival Bon Odori di Kelantan pada 2018 dan 2019.

Dalam ciapan terbaharu di Twitternya, Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berkata, sikap kerajaan Pas di Kelantan yang membenarkan penganjuran festival tersebut di negeri itu sebagai hipokrit.

Tegasnya lagi, tindakan Pas yang membantah penganjuran Bon Odori dilihat mampu mengeruhkan hubungan yang terjalin selama ini dengan Jepun.

Awal hari ini, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Ahmad Hairy Yunus bertegas agar kerajaan Selangor perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang membenarkan pekerja mereka terlibat dalam festival tersebut.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mendapati Festival Bon Odori terdapat unsur-unsur keagamaan, dan menasihati umat Islam agar tidak terlibat.

Pandangan tersebut bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini bahawa baginda tidak mahu festival tersebut dipolitikkan pihak tertentu dan tidak mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menggunakan JAKIM untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat.

Pada Ahad lalu, Idris dilaporkan telah menasihati umat Islam untuk tidak menyertai Festival Bon Odori di Stadium Shah Alam, kerana dikhuatiri program seperti itu dapat menjejaskan akidah dan keimanan. MG

Pas hipokrit, Kelantan pernah anjur Bon Odori – Syed Saddiq


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker