Parti Zuraida bakal sertai BN?

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) belum menerima surat permohonan daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai gabungan itu, selepas parti itu menyuarakan hasrat mereka secara terbuka baru-baru ini.

“Setakat ini belum ada,” kata Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi selepas merasmikan Wacana Aspirasi Orang Muda di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Khamis lalu, Presiden PBM, Larry Sng yang juga ahli Parlimen Julau dilaporkan berkata, permohonan parti itu untuk menyertai BN masih dalam proses.

Katanya, PBM memberi mandat kepada Zuraida Kamaruddin yang juga dilantik sebagai presiden pengganti untuk mengetuai delegasi parti itu dalam pertemuan serta rundingan dengan pemimpin parti lain, terutama berhubung perbincangan untuk membentuk kerjasama politik.

Zahid berkata, walaupun permohonan secara rasmi daripada PBM belum sampai kepadanya, beliau memberi jaminan keputusan itu akan dibuat secara konsensus bersama kepimpinan tertinggi BN apabila tiba waktunya.

Akta anti-lompat parti

Zahid menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa kerajaan terpaksa membelanjakan kos tinggi jika mahu mengadakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan akta anti-lompat parti.

“Ini bukan soal kos. Ini soal ‘timing’. Yang penting adalah niat, kalau niatnya mahu bawa undang-undang ke Parlimen, bila pun jeda waktu ditentukan, ia harus dapat kelulusan sebelum PRU,” katanya.

Kelmarin, Wan Junaidi dilaporkan berkata, tiada keperluan mengadakan mesyuarat khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Sebaliknya, RUU itu akan dibentang dan dibahaskan dalam Dewan Rakyat yang akan bersidang mulai 18 Julai ini, sebelum disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pewarkahan dan pewartaan.

Katanya, perkara itu diputuskan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob selaku ketua majlis dengan mempertimbangkan beberapa faktor, antaranya penjimatan kewangan kerajaan yang boleh digunakan untuk perkara lain seperti membantu kelangsungan hidup rakyat.

“Pada keseluruhannya, jumlah kos yang perlu ditanggung kerajaan kira-kira RM1,077,600, tidak termasuk kos operasi jika mesyuarat khas Dewan Rakyat dan Dewan Negara diadakan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker