Lelaki makan otak bekas teman wanita
Lelaki makan otak bekas teman wanita
Peguam di Amerika Syarikat mewakili seorang lelaki yang didakwa atas kesalahan membunuh bekas teman wanitanya menyatakan bahawa anak guamnya tidak wajar dipenjara seumur hidup kerana mengalami sakit mental, lapor akhbar Daily Star semalam.
Pada September 2020, panel juri mengesyorkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol terhadap tertuduh, Joseph Oberhansley, 41, selepas dia didapati bersalah membunuh bekas teman wanitanya, Tammy Jo Blanton pada 2014.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili Oberhansley pada minggu lalu mengemukakan rayuan supaya hukuman itu digugurkan.
Mereka mengemukakan alasan bahawa defendan mengalami sakit mental yang teruk.
Polis berkata, Oberhansley memecah masuk ke dalam rumah Blanton di selatan Indiana sebelum membunuh, mengerat dan memakan bahagian badan dan otak mangsa.
Pendakwa raya, Jeremy Mull sebelum ini memaklumkan bahawa pakar-pakar perubatan telah menilai kesihatan mental Oberhansley dan mengisytiharkan dia ‘layak untuk menghadapi perbicaraan’.
Polis berkata, Oberhansley mengaku membunuh Blanton dan memberitahu bahawa dia juga memasak otak mangsa lalu memakannya.
Semasa pembicaraannya, Oberhansley telah meminta untuk dikenakan hukuman mati.
“Saya sangat penat berurusan dengan semua perkara ini dan dikurung dalam sangkar ini. Saya hanya mahu dihukum mati,” kata lelaki itu.
Sebelum ditangkap dalam kes pembunuhan Blanton, Oberhansley telah dibebaskan dengan parol kerana membunuh teman wanitanya, Sabrina Elder yang berusia 17 tahun. K Online
Lelaki makan otak bekas teman wanita
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)
You must be logged in to post a comment.