Mahathir gunakan mahkamah untuk kenakan Anwar, Najib minta penjelasan Tommy Thomas
PETALING JAYA: Najib Razak meminta Tommy Thomas menjelaskan apa dimaksudkannya apabila mengatakan Dr Mahathir Mohamad “menggunakan mahkamah” untuk menghalang timbalan ketika itu, Anwar Ibrahim daripada menggantikannya sebagai perdana menteri pada lewat 1990-an.
Rabu lalu, China Press menerbitkan satu temubual dengan bekas peguam negara itu, di mana beliau turut mendakwa Anwar dipenjarakan oleh Mahathir kerana “berasa terancam olehnya”
“Apa yang Tommy kata?,” soal Najib dalam hantaran di Facebook.
“Mahathir gemar memperguna dan memperalatkan sistem kehakiman dan mahkamah bagi memangsakan seteru politik dia ke apa? Minta penjelasan Tommy.”
Thomas dilantik menjadi peguam negara oleh Mahathir pada 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan dan kekal memegang jawatan itu sehingga Mac 2020 apabila kerajaan tumbang.
Thomas turut dipetik sebagai berkata, Anwar menyangka dirinya akan menggantikan Mahathir, namun dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 sebelum didakwa dan dipenjarakan atas tuduhan liwat dan rasuah.
“Mahathir khususnya berasa terancam olehnya dan menggunakan mahkamah untuk menyekatnya,” katanya, menurut akhbar harian berbahasa Cina itu.
Thomas berkata, walaupun sudah menjalani hukuman penjara, Anwar masih tidak mempunyai “hak automatik untuk menjadi perdana menteri”.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY