Dunia berdepan krisis kos sara hidup terbesar

Dunia berdepan krisis kos sara hidup terbesar

Dunia sedang menghadapi krisis kos sara hidup yang tidak pernah berlaku untuk sekurang-kurangnya satu generasi, sebahagiannya disebabkan oleh konflik Ukraine.

Menurut laporan kedua Kumpulan Tindak Balas Krisis Global mengenai Makanan, Tenaga dan Kewangan berhubung konflik Ukraine, krisis kos sara hidup terbesar pada abad ke-21 berlaku disebabkan rakyat dan negara mempunyai kapasiti terhad untuk mengatasinya.



“Konflik Ukraine memberi kesan kepada kejutan harga yang teruk dalam pasaran makanan, tenaga dan baja di tambah dunia menghadapi krisis COVID-19 dan perubahan iklim.

“Kejutan sebesar ini akan menjadi cabaran yang ketara tidak kira masa,” menurut laporan itu.

Indeks harga makanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) berada pada paras menghampiri rekod dan 20.8 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Minyak mentah kini mencecah lebih AS$120 (RM527.15) setong dan harga bahan bakar secara keseluruhan dijangka meningkat sebanyak 50 peratus pada 2022 berbanding 2021, manakala harga baja lebih dua kali ganda daripada purata 2000-2020.



Kos pengangkutan maritim lebih tiga kali ganda purata prapandemik disebabkan oleh kesan berlarutan COVID-19 dan kemusnahan infrastruktur pengangkutan Ukraine dan jumlah kelewatan berkaitan trafik dan kesesakan yang tinggi serta faktor lain seperti peningkatan kos bahan bakar.

Kadar faedah meningkat dan ketidaktentuan pelabur yang semakin meningkat menghakis nilai mata wang negara membangun serta keupayaan untuk meminjam dalam pasaran asing.

Harga bahan bakar yang lebih tinggi, terutamanya diesel dan gas asli, meningkatkan kos baja dan pengangkutan, sekali gus memberi kesan peningkatan kos pengeluaran makanan.

Secara tidak langsung membawa kepada pengurangan hasil ladang dan harga makanan yang lebih tinggi pada musim depan.



Kesannya, meningkatkan inflasi, menyumbang kepada peningkatan tekanan kadar faedah dan mengetatkan keadaan kewangan sehingga menghakis kuasa belian mata wang negara membangun, meningkatkan lagi kos import makanan dan tenaga, mengurangkan ruang fiskal dan meningkatkan kos membayar hutang.

Krisis kos sara hidup ini juga boleh mencetuskan ketidakstabilan sosial dan politik. BH

Dunia berdepan krisis kos sara hidup terbesar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker