Lelaki Perancis lakukan 765 bungee jumping dalam 24 jam

Lelaki Perancis lakukan 765 bungee jumping dalam 24 jam

Seorang lelaki Pe­rancis memecah rekod dunia dengan melakukan aktiviti terjun lelabah (bungee jumping) paling banyak dalam masa 24 jam iaitu 765 kali, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Francois-Marie Dibon, 44, melengkapkan aktiviti itu dengan terjun dari Jambatan Garry di Scotland. Dia mengatasi rekod terdahulu dengan kelebihan 335 lompatan.

Memulakan percubaannya pada pukul 10.10 pagi (waktu tempatan) minggu lalu, Dibon melengkapkan terjunan ke-431 pukul 10.30 malam hari yang sama sebelum menamatkan aktiviti tersebut keesokan pa­ginya.

“Saya masih belum berasa penat, sebaliknya teruja kerana dapat melengkapkan rekod ini bersama-sama pasukan kami,” katanya ketika ditemui selepas menamatkan misi itu.

Setiap terjunan Dibon membuatkannya menjunam 40 meter ke dalam gaung yang dikelilingi pokok-pokok di tebing Sungai Garry. Dia turut dibantu oleh ahli pasukan yang menariknya kembali ke atas platform.

Secara purata, Dibon melengkapkan satu terjunan dalam masa selang 113 saat.

Rekod dunia terdahulu dipegang oleh seorang lelaki dari New Zealand, Mike Heard, yang melengkapkan 430 terjunan dalam masa 24 jam pada Mei 2017. K Online

Lelaki Perancis lakukan 765 bungee jumping dalam 24 jam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker