DAP, PKR, Amanah, Pas sudah siap sedia hadapi PRU-15

SHAH ALAM – Kesemua jentera parti DAP di semua peringkat diminta untuk bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka pada Ogos depan.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata, walaupun tarikh pilihan raya masih menjadi teka-teki, namun jentera parti itu diminta bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Justeru katanya, sekarang bukanlah masa untuk mana-mana pihak berasa selesa, sebaliknya perlu bekerja keras dalam memastikan kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH).



“Di peringkat DAP Pusat, kita memang ada membuat mesyuarat persediaan. Selain itu, kami juga ada membuat retreat kira-kira sebulan lalu di peringkat Pusat untuk ahli-ahli Parlimen manakala di peringkat negeri, ada dibuat permukiman.

“Mesej yang kami sampaikan adalah persediaan jentera parti di semua peringkat akar umbi adalah mengambil kira PRU15 akan dibuat pada bulan Ogos. Mesej kami jelas agar semua pihak bersedia sepenuhnya dan ini bukan masa main-main,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, sebarang persetujuan dan perbincangan dalaman parti berhubung persiapan PRU15 akan ditentukan saf kepimpinan yang baharu.

Jelasnya, ia memandangkan pimpinan baharu parti itu hanya akan disahkan pada Kongres Nasional Tahunan PKR ke-16 yang akan berlangsung pada 25-26 Jun 2022 di IDCC Shah Alam.



“Bagi PKR, persiapan menuju PRU15 mungkin berlaku selepas itu tapi memang selama ini pimpinan dan ahli Parlimen banyak membuat permukiman beberapa kali. Malah, ada asas dan perkara-perkara yang dirancang telah dilaksanakan.

“Bagi Pakatan Harapan (PH) pula, memandangkan DAP baru selesai proses pemilihan dan PKR akan selesai dengan muktamadnya dan disahkan pada 25 dan 26 Jun nanti, mungkin selepas itu akan diadakan (permukiman).

“Kalau tak dibuat pun berdasarkan situasi semasa, saya percaya pimpinan akan segera melipatgandakan usaha termasuk persiapan menuju PRU15,” ujarnya.

TETAP BUAT PERSIAPAN



Sementara itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar berkata, parti itu memang bersedia daripada awal, walaupun tidak bersetuju dengan hasrat BN untuk mengadakan pilihan raya lebih awal, khususnya dalam suasana ketidaktentuan ekonomi negara.

Tegasnya, perubahan iklim politik di negara ini adalah hasil daripada percaturan dalaman UMNO yang membuat ugutan dan tekanan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Masa sekarang bukanlah masa untuk kita berpilihan raya, pada waktu rakyat belum hilang keletihan mereka sejak pandemik.

“Saya tak dengar bila ura-ura pilihan raya tapi secara peribadi, Perdana Menteri sudah tentu harus melihat tentang kesesuaian. Kalau bubar sekarang, adakah beliau masih boleh jadi perdana menteri selepas pilihan raya?



“Tapi, kalau mereka tetap nak bubar juga Parlimen dalam masa terdekat, kami memang bersedia,” jelasnya.

GERAK JENTERA SEJAK AWAL TAHUN

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, jentera pilihan raya juga sudah dilancarkan di peringkat kawasan dan negeri secara berperingkat sejak awal tahun ini.

“Sekarang ini, kita berada pada fasa bersiap untuk pilihan raya. Jadi, kalau PRU15 diumumkan dalam masa terdekat, Insya-ALLAH kita bersedia kerana akar umbi kita telah diberikan isyarat sejak beberapa bulan lalu.



“Jentera kita sudah dilancarkan manakala sesi permukiman pula kita adakan secara berkala bagi memastikan setiap perancangan dan strategi mengikut apa yang telah ditetapkan parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persediaan parti itu menuju PRU15.

Barisan Nasional (BN) pula dilihat sudah memasukkan ‘gear’ bagi menghadapi PRU15 dengan memulakan Permukiman Penerangan Ke Arah PRU15 yang berlangsung di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik, Pahang selama tiga hari bermula Jumaat.

Sementara itu, ditanya tentang agihan kerusi parti komponen Perikatan Nasional (PN), Khairil menjelaskan, ia masih belum dimuktamadkan.



“Kita masih belum muktamadkan. Semuanya masih lagi dalam perancangan dan penyusunan,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker